Anda di sini

PBS gesa Azis letak jawatan

Advertisement
CHRISTOPHER
CHRISTOPHER

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman agar meletakkan jawatan kerana tindakannya yang dianggap memaksa rakyat untuk menerima Pas Sementara Sabah (PSS).

Ketua Pemuda PBS Christopher Mandut berkata, Ketua Wira WARISAN itu dilihat begitu lantang bersuara menyokong pelaksanaan PSS terutama semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis baru-baru ini.

"Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Kimanis adalah satu amaran kuat kepada kerajaan bahawa rakyat Sabah menolak PSS.

"Mesej itu sangat jelas dan pengundi di Kimanis mewakili pandangan rakyat keseluruhannya.

"Kami menolak sekeras-kerasnya PSS dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin (PTI)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, PBS menyeru supaya kerajaan tidak melaksanakan idea untuk melaksanakan PSS kerana Sabah tidak perlukan PSS.

"Kita tidak perlukan PSS. PTI mesti dihantar semula ke negara mereka," jelasnya.

 

Advertisement