Anda di sini

Mayor cadang wujud Unit Integriti di DBKK

Advertisement
 SPRM dan DBKK mahu meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha menangani isu pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
KERJASAMA: SPRM dan DBKK mahu meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha menangani isu pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

 

KOTA KINABALU: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman mencadangkan kewujudan Unit Integriti di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Utusan Borneo difahamkan, usul berkenaan dibangkitkan sebagai 'focal point’ kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti dan tadbir urus yang baik dalam organisasi DBKK.

Usul itu diketengahkan semasa kunjungan hormat DBKK diketuai Nordin kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) P/ TPj Karunanithy Y Subbiah.

Menerusi kenyataan media SPRM di sini, semalam, kehadiran rombongan DBKK itu juga bertujuan memperkasakan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sekaligus, meningkatkan pembudayaan integriti warga kerja DBKK melalui penganjuran bersama aktiviti atau program pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah KPKPj Hazrul Shazreen Abd Yazid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Sabah PKPj Awang Samsul Baharam Bongsu dan Ketua-Ketua pengarah DBKK.

Mengulas mengenai kunjungan hormat DBKK itu, Karunanithy berterima kasih dengan Nordin dan berharap kerjasama antara kedua belah pihak akan terus terjalin erat.

 

  • oleh
  • Advertisement