Anda di sini

Lelaki panjat menara telekomunikasi, lempar objek ke arah bomba yang cuba menyelamat

Advertisement
Antara anggota penyelamat yang berada di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
Anggota penyelamat ke lokasi selepas menerima panggilan hari ini.

KANOWIT: Seorang lelaki membahayakan keselamatan dirinya apabila memanjat sebuah menara telekomunikasi di Bukit Memaloh, di sini hari ini.

Kelibat lelaki berkenaan yang masih belum dikenal pasti identitinya disedari sekitar jam 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, seramai 11 orang anggota dan pegawai bomba berada di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 pagi. 

Turut berada di lokasi ialah pihak polis dan pasukan perubatan Hospital Kanowit. 

"Ketika ini lelaki tersebut masih berada di atas menara berkenaan selain turut bertindak agresif dengan melemparkan objek yang dipercayai skru besi ke arah anggota yang cuba menyelamatkannya. 

"Cuaca hujan turut menjadi halangan kepada pasukan penyelamat kerana menara berkenaan basah serta licin," ujar beliau semasa dihubungi. 

Katanya, lelaki terbabit turut bertindak memanjat lebih tinggi, apabila cuba dihampiri oleh pasukan penyelamat. 

Motif lelaki tersebut berbuat demikian juga belum dikenal pasti.

  • oleh
  • Advertisement