Anda di sini

Lelaki maut nahas motosikal, pikap di Tapah

Advertisement
Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian untuk tampil membantu mangsa.
Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian untuk tampil membantu mangsa.

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap di Batu 24, simpang Tapah, Jalan Kuching-Serian hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian dikenali sebagai Cobble Dop, 58, dari Kampung Maang, Serian. 

"Pada jam 7.30 pagi hari ini, satu kemalangan jalan raya maut telah berlaku di Simpang Tapah, Batu 24 Jalan Kuching Serian. 

"Kemalangan melibatkan kenderaan pikap yang dipandu seorang guru lelaki, 38, yang bergerak dari arah Kuching menuju ke arah Serian apabila sampai di tempat kejadian telah berlanggar dengan motosikal ditunggang mangsa yang sedang masuk ke simpang Tapah dari arah Serian," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kata Alexson, akibat perlanggaran itu mangsa tercampak ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

  • oleh
  • Advertisement