Anda di sini

La Liga: Real Madrid kecewakan Sevilla 2-1

Advertisement
 Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior (kiri) bersaing dengan  pemain  Sevilla, Jules Kounde ketika beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid kelmarin. — Gambar AFP
AKSI HEBAT: Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior (kiri) bersaing dengan pemain Sevilla, Jules Kounde ketika beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid kelmarin. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: Real Madrid memulakan perlawanan tanpa penjaring terbanyak, tanpa kapten pasukan dan pemain termahal mereka tetapi masih mampu mencipta kemenangan 2-1 ke atas Sevilla yang menyaksikan mereka memintas Barcelona ke tangga teratas La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Karim Benzema, Sergio Ramos dan Eden Hazard tidak beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu tetapi Casemiro menyahut cabaran.

Dua gol pertama beliau sebagai pemain Real Madrid menjadi penentu perlawanan selepas tiga gol dijaringkan dalam separuh masa kedua, di mana Luuk de Jong mengikat kedudukan buat Sevilla sebelum itu.

“Dua gol dari beliau adalah sangat jarang berlaku,” kata jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Pasukan beliau jelas beraksi hambar dan ada ketika mempamerkan aksi buruk ketika di bimbing Julen Lopetegui musim lepas, yang kini menjadi jurulatih di Sevilla.

Namun ia adalah kemenangan yang terbukti penting buat Madrid jika mahu memenangi kejuaraan liga pada akhir musim.

“Ia menjadikan kemenangan ini lebih penting,” kata Zidane. “Ia hanya tiga mata tetapi kami memerlukannya dan kami mendapatkannya dengan keadaan sukar.”

Walaupun tewas, Sevilla kekal di tangga keempat, lapan mata di belakang Atletico Madrid dengan mata yang sama selepas tewas 0-2 di Eibar.

Barcelona boleh merampas pendahuluan liga jika menewaskan Granada pada perlawanan lewat di mana Quique Setien akan membimbing kelab buat kali pertama sejak dilantik menjadi jurulatih awal minggu lepas.

Setien ada berkata beliau tidak akan berpuas hati jika pasukannya menang ketika bermain hambar tetapi Zidane difahamkan tidak terlalu memilih.

Real kini mengharungi 17 perlawanan tanpa kalah, satu tempoh termasuk memenangi Piala Super Sepanyol di Arab Saudi minggu lepas.

Ramos, yang masih merawati kecederaan buku lali, memperagakan trofi Piala Super Sepanyol dalam padang sebelum sepak mula perlawanan.

Benzema hanya dimasukkan dalam separuh masa kedua tetapi Ramos dan Hazard memerlukan lebih banyak masa untuk pulih.

Gareth Bale tidak langsung berada dalam skuad walaupun menjalani latihan pada hari Jumaat. Beliau tidak juga ke Arab Saudi kerana tidak sihat.

“Beliau mengalami kecederaan,” kata Zidane. “Kerana itulah beliau tidak diturunkan.” — AFP

Advertisement