Anda di sini

KRT Kg. Tanjung Aru Baru sesi 2020-2021 dibentuk

Advertisement
 Zainal (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Husaini. Turut kelihatan Normalawati (kanan), Jemin (dua kiri) dan Setiausaha MPKK Kg. Tg. Aru Baru Dahlan Jasry (kiri).
CENDERAHATI: Zainal (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Husaini. Turut kelihatan Normalawati (kanan), Jemin (dua kiri) dan Setiausaha MPKK Kg. Tg. Aru Baru Dahlan Jasry (kiri).

KOTA KINABALU: Satu Mesyuarat Agung Penyusunan Semula Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung (Kg) Tanjung Aru Baru telah berlangsung semalam di Balai Raya Kg. Tg. Aru Baru di sini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.173 Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Awang Sahari.

Mesyuarat adalah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah pengerusinya Zainal Abidin dengan kerjasama Ketua Kampung Kg. Tanjung Aru Baru Jemin Minin.

 Husaini (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Normalawati sambil disaksikan Zainal (kanan).
PENGHARGAAN: Husaini (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Normalawati sambil disaksikan Zainal (kanan).

Majlis yang turut dipantau dan diselia oleh Normalawati Haji Hassim,  Pegawai Perpaduan Zon Bandaraya Kota Kinabalu menyaksikan pelantikan peneraju utama KRT Kg. Tg. Aru Baru sesi 2020-2021 Asri Gipson (Pengerusi), Faisyal Abu Bakar (Timbalan Pengerusi), Dayang Rafizan Jemin (Bendahari), Midzfar Haibil (Ketua Skim Rondaan Sukarela) dan 10 AJK yang dilantik.

Pada majlis itu, Awang Husaini telah meluluskan peruntukan untuk pengurusan dan pentadbiran KRT, peruntukan membina sebuah pondok pusat pemantauan keselamatan Kg. Tg. Aru Baru dan juga dana sebanyak RM10, 000 bagi penyediaan peralatan pemadam api Bomba Sukarela Kg. Tg. Aru Baru yang akan dilancarkan bulan Februari depan.

Dalam pada itu Pengerusi MPKK Kg. Tg. Aru Baru Zainal Abidin mewakili penduduk kampung menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Husaini di atas kesudian hadir ke majlis itu dan mengumumkan kelulusan peruntukan berkenaan demi mengharmonikan lagi suasana di kampung ini.

 MPKK, bersama barisan AJK KRT  dan penduduk Kg. Tg. Aru bergambar kenangan bersama Husaini.
ALBUM KENANGAN: MPKK, bersama barisan AJK KRT  dan penduduk Kg. Tg. Aru bergambar kenangan bersama Husaini.

"Sesungguhnya tidak dapat dipertikai bahawa beliau (Husaini) adalah seorang pemimpin yang amat prihatin, berdedikasi dan komited di dalam menjalankan urusan, tanggungjawab dan amanah, selain sentiasa mengutamakan kebajikan, kesejahteraan dan kelestarian seluruh warga dan rakyatnya di Kawasan Parlimen P.173 Putatan," jelasnya.

Katanya, seluruh warga P.173 Putatan mendoakan semoga segala usaha bakti murni dan jasa baik beliau sentiasa diberkati, dan dirahmati Allah.

  • oleh
  • Advertisement