Anda di sini

Kastam Sarawak adakan Hari Bertemu Pelanggan sehingga 22 Jan ini 

Advertisement
Sharifah melawat ruang pameran yang dibuka sempena Hari Bertemu Pelanggan  Jabatan  Kastam  Sarawak di AEON Mall Kuching Central hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
Sharifah melawat ruang pameran yang dibuka sempena Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Kastam Sarawak di AEON Mall Kuching Central hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di semua stesen utama bermula hari ini sehingga 22 Januari ini. 

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata program ini adalah sempena sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-38 pada 23 Januari ini. 

“Hari Bertemu Pelanggan ini amat penting kepada semua pihak sama ada pihak kastam atau pelanggan kami seperti pendaftar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), syarikat pengimport, pelesen dan sebagainya. 

“Hari Bertemu Pelanggan ini juga diadakan bagi memenuhi hasrat untuk merakyatkan perkhidmatan awam,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Hari Bertemu Pelanggan Kastam Sarawak yang berlangsung di AEON Mall Kuching Central di sini hari ini. 

Tambah Sharifah Halimah, sempena dengan Hari Bertemu Pelanggan ini jabatan membuka enam kaunter perkhidmatan dan pertanyaan membabitkan enam bahagian utama dalam Kastam. 

Enam bahagian utama dalam jabatan ialah Cukai Dalam Negeri, Perkastaman, Pematuhan, Penguatkuasaan, Perkhidmatan Teknik dan Khidmat Pengurusan Sumber Manusia. 

Justeru katanya, pelanggan yang tidak tahu mengenai perkastaman dan percukaian boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai Kastam yang ditugaskan pada Hari Bertemu Pelanggan. 

  • oleh
  • Advertisement