Anda di sini

JPJ Sarawak tambah baik proses integrasi sistem bagi mengatasi isu memperbaharui LKM

Advertisement
Yong pada sidang media hari ini.
Yong pada sidang media hari ini.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak sedang menambah baik proses integrasi sistem antara Sistem MySikap JPJ dan Sistem Maklumat Kastam bagi mengatasi masalah orang awam untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Violet Yong setelah beliau menerima respon daripada Jabatan itu ekoran menerima banyak aduan orang ramai yang menghadapi kesukaran memperbaharui LKM di Kaunter Perkhidmatan JPJ di Pusat Transformasi Bandar di sini.

"Kita telah menerima banyak aduan orang ramai tentang pembaharuan berdasarkan kadar yuran LKM Semenanjung Malaysia meskipun kenderaan pemilik menggunakan plat nombor tempatan.

"Selepas menerima aduan itu, saya secara peribadi berjumpa dengan pihak JPJ  Sarawak dan Menteri (Pengangkutan, Anthony Loke) untuk berbincang tentang masalah ini dan pada 17 Januari lalu , jabatan itu mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan mereka sedang memperbaiki sistem tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demoktratik (DAP) di sini, hari ni.

Malahan, kata Yong, JPJ Sarawak juga kini sedang melaksanakan Van Perkhidmatan Mudah Alih yang berfungsi untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan di premis pemilik yang ingin membuat pembaharuan LKM. 

"Justeru, kita amat menghargai JPJ Sarawak yang telah memberi respon segera berkaitan perkara tersebut.

"Bagaimanapun, kita menggesa mereka agar menyelesaikan masalah itu dengan secepat mungkin selain turut mempertimbangkan ketidakpuasan awam disebabkan sistem dan cara prosedur yang dilaksanakan oleh JPJ," katanya.

Bagi orang ramai yang menghadapi masalah yang sama itu, kata beliau, pihaknya akan cuba membantu sambil menunggu JPJ Sarawak untuk menambah baik sistem mereka.

"Usaha sedang dilakukan untuk memastikan semuanya berjalan lancar," kata beliau.

  • oleh
  • Advertisement