Anda di sini

DAP Sarawak anjur rumah terbuka Tahun Baru Cina pada 25 Januari

Advertisement
Chong bersama barisan pemimpinan DAP mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina pada sidang media di Kuching hari ini.
Chong bersama barisan pemimpinan DAP mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina pada sidang media di Kuching hari ini.


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) pada 25 Januari ini.


Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, majlis itu akan berlangsung di bangunan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho bermula 10 pagi hingga 2 petang.


"Kita akan menganjurkan rumah terbuka TBC DAP pada hari pertama perayaan ini yang disambut pada 25 Januari di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho di sini.


"Oleh itu, kita ingin mengajak semua masyarakat tanpa mengira kaum termasuk ahli kita (DAP) untuk datang sekali gus memeriahkan acara rumah terbuka ini," katanya pada sidang di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini, hari ini.

Selain itu, kata Chong, pihaknya turut mempelawa semua anggota gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadiri rumah terbuka tersebut.

"Pelbagai hidangan makanan bufet dan program hiburan disediakan untuk memeriahkan acara itu nanti," ujar beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tambah beliau, turut hadir ke acara itu nanti ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii; ADUN Pending, Violet Yong dan ADUN Padungan, Wong King Wei.

Dalam pada itu, sempena perayaan itu yang disambut tidak lama lagi, Chong mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga rakyat Sarawak sentiasa sihat sahaja dan negeri ini terus makmur dan aman.

Chong bersama barisan pemimpinan DAP mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina pada sidang media di Kuching hari ini.

  • oleh
  • Advertisement