Anda di sini

42 Rumah Spektra Permata mula dibina di Jemoreng

Advertisement
Juanda (tengah) ketika menyaksikan upacara simbolik penyerahan Tapak Projek Perumahan Spektra Permata hari ini.
Juanda (tengah) ketika menyaksikan upacara simbolik penyerahan Tapak Projek Perumahan Spektra Permata hari ini.

MUKAH: Sebanyak 42 Rumah mampu milik iaitu Rumah Spektra Permata mula dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng dalam tempoh 10 bulan.

ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ia merupakan salah satu daripada projek perumahan yang berorientasikan rakyat sekali gus bertujuan untuk membantu rakyat.

"Selepas projek sama di Tanjong Datu, ini merupakan antara projek perumahan seumpama yang terawal dibina iaitu di Igan dan juga Matu," katanya ketika majlis simbolik perasmian di Tapak Projek Perumahan Spektra Igan hari ini.

Menurutnya, hanya yang layak akan mendapat kemudahan itu dan ia akan ditapis oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC).

Menurutnya, ia salah satu langkah daripada agenda besar kerajaan negeri membawa perubahan serta pembangunan ke kawasan luar bandar dengan membangunkan penempatan baharu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad fasa pertama rumah Spektra Permata di Igan berjumlah 22 manakala di Matu (20).

"Rumah akan dibina dan siap dalam tempoh 10 bulan dan merupakan rumah mampu milik berharga anggaran RM100,000 hingga RM120,000," ujarnya.

Sebanyak 200 permohonan akan diedarkan melalui pejabat wakil rakyat dan hanya yang berkelayakan sahaja akan mendapat keutamaan.

Antaranya adalah berumur 30 tahun ke atas, bujang atau berkahwin, mempunyai tanggungan ahli keluarga lain serta berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Bagaimanapun, terdapat kriteria-kriteria lain yang selari dengan syarat-syarat Skim Pembesaran Kampung turut diguna pakai.

Turut hadir Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad dan Timbalan Residen Abdul Halim Abdullah.

  • oleh
  • Advertisement