Anda di sini

200 pegawai penguatkuasa lakukan pemantauan harga barangan

Advertisement
 Frankie melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2020 Peringkat Negeri Sabah.
LANCAR: Frankie melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2020 Peringkat Negeri Sabah.

 

SANDAKAN: Seramai 200 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah akan menjalankan pemantauan harga barangan keperluan di seluruh negeri ini bermula semalam.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, KPDNHEP akan turut memperkukuh pemantauan harga dengan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak.

“Antara lain iaitu Pegawai Pemantau Harga yang menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh negara di bawah Kementerian, Rakan KPDNHEP yang merupakan mata dan telinga Kementerian.

“Kementerian akan bekerjasama dengan pengguna yang menyertai program ini bagi menyebarkan maklumat berhubung kepenggunaan terutama mengenai isu harga barang dan Kerajaan Negeri Sabah serta agensi kerajaan lain termasuk penglibatan penghulu dan penggawa dalam membantu memantau dan menyalurkan maklumat kenaikan harga barangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2020 Peringkat Negeri Sabah di Pasaraya Mydin Sejati Ujana Sandakan, semalam.

Pada majlis itu, Frankie berkata KPDNHEP menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarkan kepada maklumat harga dari punca-punca seperti berikut pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang tahun 2019 dan pada bulan Januari 2020 berdasarkan kepada pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan oleh KPDNHEP.

“Pandangan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan akhir sekali iaitu perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan tersebut," katanya.

Selain itu, beliau berkata KPDNHEP juga telah menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga.

“Kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah Georgie Abas dan Ketua Pengawai Penguatkuasa Negeri merangkap Timbalan Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah Taha Julai.



 

  • oleh
  • Advertisement