Anda di sini

Unit khas ditubuhkan fokus pemodenan sektor pertanian negara 

Advertisement
Baru (tengah) bercakap pada sidang media di Pejabat Khidmat Komuniti PKR DUN Stakan hari ini.
Baru (tengah) bercakap pada sidang media di Pejabat Khidmat Komuniti PKR DUN Stakan hari ini.

KUCHING: Kabinet persekutuan menubuhkan unit khas yang akan fokus kepada pemodenan sektor pertanian di seluruh negara. 

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata unit khas tersebut ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Perdana Menteri mahu sektor pertanian dimodenkan dan saya kata kepada beliau, Sabah dan Sarawak berpotensi untuk pembangunan pertanian. 

"Beliau (Perdana Menteri) bersetuju dan berkata dari semua negeri di Malaysia, Sabah dan Sarawak miliki banyak tanah untuk pertanian. 

"Justeru kabinet dua minggu lepas bersetuju untuk menubuhkan serta merta unit khas ini yang akan diketuai Perdana Menteri sendiri," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian pembukaan Pejabat Khidmat Komuniti Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Stakan di Jalan Dato Mohd Musa di sini hari ini. 

Tambah Baru, untuk sektor pertanian ini berkembang, infrastruktur jalan yang baik diperlukan.

Sebab itu katanya, tiga projek mega dilaksanakan dibawah kerajaan persekutuan untuk membuka landskap ekonomi di negeri ini termasuk pertanian dan pelancongan.  

"Kita ada tiga projek mega untuk dibangunkan iaitu Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah, Jalan Link Sabah Sarawak dan Jalan Trans Borneo. 

"Apabila kesemua tiga projek mega ini siap kelak ia akan menghubungkan Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei sekali gus membuka ekonomi antara keempat-empat wilayah ini," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement