Anda di sini

Protes berdarah terus gegar Iraq

Advertisement
 Anggota polis mengawasi penunjuk perasaan yang berarak semasa protes antikerajaan, turut menggesa untuk kebebasan media, di bandar Basra di selatan Iraq kelmarin. — Gambar AFP
PROTES: Anggota polis mengawasi penunjuk perasaan yang berarak semasa protes antikerajaan, turut menggesa untuk kebebasan media, di bandar Basra di selatan Iraq kelmarin. — Gambar AFP

BAGHDAD: Seorang penunjuk perasaan terkorban semasa pertelingkahan dengan pasukan keselamatan di atas jambatan utama Baghdad kelmarin, beberapa bulan ke dalam pergerakan bantahan yang semakin lemah di tengah-tengah ketegangan me-ningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pertempuran meletus de-ngan tiba-tiba pada petang kelmarin ketika penunjuk perasaan cuba melintasi Jambatan Al-Sinek di tengah ibu negeri Iraq, sumber keselamatan memberitahu AFP.

Pasukan keselamatan, di-kerah untuk menghalang penunjuk perasaan sampai ke bahagian sebelah lagi, melepaskan tembakan gas pemedih mata, dengan sebuah kanister mengenai seorang penunjuk perasaan di bahagian dada serta membunuhnya.

Sumber perubatan me-nyatakan 24 orang turut tercedera atau mengalami kesukaran untuk bernafas.

Penunjuk perasaan yang berang telah menggegarkan Baghdad dan selatan Iraq sejak tiga bulan lepas, mengecam sistem politik di negara ini yang dilihat sebagai antara yang paling korup di dunia.

Sejak Oktober, ketega-ngan telah melihat kira-kira 460 orang terkorban dan kira-kira 25,000 lagi terce-dera, majoriti besar daripada mereka adalah penunjuk pe-rasaan.

Pergerakan itu, menuntut reformasi politik, dan pekerjaan serta perkhidmatan yang lebih baik, turut berdepan kempen intimidasi, penculikan dan pembunuhan.

Namun bantahan telah dibayangi oleh pembunuhan pada 3 Januari terhadap seorang komander terting-gi Iran, Qasem Soleimani, dalam serangan dron AS di Baghdad, menimbulkan kebimbangan bahawa Iraq akan menjadi terlibat dalam konflik antara Washington dan Tehran.

Serangan itu turut membunuh komander kanan separa tentera Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, timbalan ketua rangkaian ke-tenteraan Hashed al-Shaabi, yang didominasi oleh puak pro-Iran.

Iran bertindak balas de-ngan melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan Iraq di mana pasukan tentera AS ditempatkan.

Perintah Pusat AS me-nyatakan pada Khamis lepas bahawa sekurang-kurangnya 11 anggota tentera AS tercedera.

Ulama Syiah yang bersuara lantang di Iraq dan ahli politik, Moqtada Sadr, telah menyeru “perarakan oleh jutaan orang” pada 24 Januari untuk mengecam kehadiran tentera AS di Iraq. — AFP

Advertisement