Anda di sini

Namana Bowlers kini muncul pendahulu terbaharu Liga Trio

Advertisement
 Trio Namana Bowlers (dari kiri) Kamarudin, Mohd Ghazali dan Farisya Izzati.
PENDAHULU: Trio Namana Bowlers (dari kiri) Kamarudin, Mohd Ghazali dan Farisya Izzati.

KUCHING: Namana Bowlers muncul pendahulu terbaharu Liga Trio 149 & ke bawah Megalanes Adventure World susulan kemenangan bergaya 14-6 ke atas The Advocates 2 pada malam Selasa lalu.

Kemenangan itu memberi pasukan itu kelebihan 3.20 mata Peterson ke atas De’Shoo yang melonjak ke tangga kedua selepas merekod kemenangan 13-7 mengatasi Silent Killer.

Turut naik Bojangle’s ke tangga ketiga selepas membenam Mix & Match yang jatuh ke tangga keempat dengan 14-6.

Mastermind tidak ketinggalan memperbaiki kedudukan dengan naik ke tangga kelima hasil kemenangan 15-5 mengatasi The Advocates 1 sambil SDO Crocs mengutip 19 mata daripada perlawanan ‘blind-score’ mereka untuk menduduki tangga keenam.

Sementara itu, Farisha Izzati kini muncul pendahulu terbaharu kategori Individual High Game Handicap manakala Lily Ubong dari Mix & Match di tangga kedua.

Dalam pada itu, Farisha berada di belakang pendahulu kategori Individual High Series Handicap, Zakaria Julaihi dari pasukan Bojangle’s.

Kategori Team High Game Handicap pula didominasi De’Shoon namun diekori rapat Namana Bowlers di kedudukan kedua.

Manakala Bojangle’s menggantikan De’Shoon sebagai pendahulu terbaharu kategori Team High Series Handicap sambil Namana Bowlers turut berada di kedudukan kedua.

Advertisement