Anda di sini

Mohamad memulakan khidmat kepada rakyat di tamu

Advertisement
 Mohamad (tengah) menyantuni rakyat yang mengunjungi Tamu Pekan Membakut.
MESRA: Mohamad (tengah) menyantuni rakyat yang mengunjungi Tamu Pekan Membakut.

MEMBAKUT: Selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen baharu Kimanis, Datuk Mohamad Alamin memulakan tugas berkhidmat kepada rakyat dengan mengunjungi tamu di sini semalam.

Kesempatan menemui para peniaga di tamu memberi peluang kepada Mohamad untuk beramah mesra dengan warga setempat.

Ketibaan beliau di tapak tamu kira-kira jam 9.45 pagi disambut meriah oleh rakyat termasuk ada yang mengambil peluang untuk bergambar 'selfie' bersamanya.

"Ini adalah program pertama saya selepas diumumkan pemenang pilihan raya kecil (PRK) Kimanis dan selepas ini saya akan ke Bongawan.

"Walaupun ini bukan pertama kali saya menjadi wakil rakyat, namun saya akan menggunakan peluang ini untuk membawa permasalahan yang dekat di hati rakyat ke peringkat Parlimen," katanya ketika ditemui semasa lawatannya ke Tamu Pekan Membakut di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis memenangi PRK Kimanis dengan undi sebanyak 12,706 dan majoriti 2,029 bagi mengalahkan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang.

Dalam pada itu, Mohamad meyakinkan akan terus bersuara membantah isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang menjadi perdebatan utama dalam kempen PRK Kimanis.


 

Advertisement