Anda di sini

Kemenangan BN hanya sebagai peringatan kepada kerajaan kini

Advertisement
JAMES
JAMES

KOTA KINABALU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil (PRK) di sini dilihat tidak mengubah apa-apa dalam kerajaan sekarang tetapi hanya sebagai peringatan.

Penganalisis Politik Prof James Chin berkata, kemenangan berkenaan tidak dilihat sebagai kebangkitan kerajaan UMNO atau BN sebab rakyat tahu walaupun BN menang pada PRK kali ini ianya tidak akan mengubah kerajaan.

"PRK Kimanis kali ini lebih memberi fokus terhadap isu Pas Sementara Sabah (PSS) dan faktor calon itu sendiri.

"Pengundi Kimanis tolak PSS sebab semua orang tahu bahawa pada masa depan PSS akan memberikan peluang kepada rakyat asing mendapatkan kad pengenalan warganegara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Beliau berkata, kemenangan BN pada PRK Kimanis tidak kurang bezanya dengan keputusan dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang mana majoritinya tidak banyak.

Katanya, jentera Parti Warisan Sabah (WARISAN) juga tidak sebaik UMNO, dan isu yang dibawakan pembangkang lebih mudah difahami.

"Pembangkang hanya memainkan isu PSS dan sentimen-sentimen dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia khususnya Sabah tidak mahukan PSS, masyarakat Sabah tidak mahu memberikan peluang kepada pendatang tanpa izin untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia.

Ketika ditanya adakah keputusan itu akan menjadi ikutan pada Pilihan Raya Umum ke-15 di Sabah, James menjelaskan ianya masih awal untuk diramal, banyak faktor boleh berlaku dan ianya bergantung kepada prestasi Kerajaan Sabah dibawah pimpinan WARISAN.

"Bagaimanapun, peluang masih terbuka luas, Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih popular dalam kalangan rakyat pada ketika ini," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement