Anda di sini

Kejuaraan Liga Trio MAW jadi milik Namana X Bowlers

Advertisement
 Pasukan juara, Namana X Bowlers diwakili (dari kanan) Christina Rudi, Andrew Kiding dan Kamarudin Jokepli.
JUARA: Pasukan juara, Namana X Bowlers diwakili (dari kanan) Christina Rudi, Andrew Kiding dan Kamarudin Jokepli.

KUCHING: Kejuaraan Liga Trio Megalanes Adventure World (MAW) 159 & ke bawah menjadi milik Namana X Bowlers selepas merekodkan kemenangan 13-7 ke atas pencabar utama, N’Four FS pada aksi berlangsung Khamis lalu.

SK Bowlers pula menamatkan kempen di tempat ketiga meskipun mencatat kekalahan 7.5-12.5 ke atas pasukan di tempat keempat, Trinity Phantom.

Manakala Pin Pocket meraih kedudukan kelima susulan kemenangan ke atas SDO Crocs, 14-6.

Kemenangan Namana X Bowlers tambah bermakna apabila pesertanya, Zikry Zuhairy menggondol kedua-dua kategori Individual High Game Handicap dan Individual High Series Handicap dengan rakan sepasukan, Norman Fadhli turut menduduki tempat kedua untuk kedua kategori tersebut.

Dalam pada itu, kebangkitan di saat akhir membolehkan Pin Pocket memintas N’Four FS untuk menjulang anugerah Team High Game Handicap.

Namana X Bowlers sekali lagi mencuri tumpuan dengan menggondol kategori Team High Series Handicap manakala Trinity Phantom tidak pulang hampa apabila menduduki tempat kedua untuk kedua kategori berpasukan itu.

Advertisement