Anda di sini

Gregoritsch yakinkan kelab, penyokong

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Schalke dan Moenchengladbach di Gelsenkirchen. — Gambar AFP
PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Schalke dan Moenchengladbach di Gelsenkirchen. — Gambar AFP

BERLIN: Michael Gregoritsch teruja selepas dia menjaringkan gol dan mencipta satu lagi dalam penampilan sulungnya untuk Schalke untuk menjejaskan harapan Borussia Moenchengladbach memenangi kejuaraan Jerman dengan kemenangan 2-0 di Gelsenkirchen pada Jumaat.

“Begitulah impian kita untuk penampilan sulung kita,” kata Gregoritsch selepas Bundesliga bersambung semula setelah cuti musim salji selama empat minggu.

“Hakikat bahawa ia berjalan dengan begitu baik sekali adalah hebat dan sesuatu yang sangat istimewa bagi saya.”

Gregoritsch, yang menyertai kelab itu pada bulan lepas sebagai pemain pinjaman dari Augsburg sehingga akhir musim ini, menyinar di barisan depan dan Schalke naik ke tempat keempat, terikat 33 mata dengan kelab di tempat ketiga Bayern Munich, yang mereka akan tentang di stadium lawan pada hujung minggu depan.

Seperti Bayern, Schalke kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga RB Leipzig, yang semalam melayan kunjungan Union Berlin yang berada di bahagian tengah carta liga.  

“Kami tidak cukup bagus untuk menimbulkan masalah bagi Schalke,” akui penjaga gol dan kapten Moenchengladbach, Yann Sommer.

“Kami tidak menemui ruang dan tidak cukup pantas. Schalke jelas lebih bagus. Mereka memberi banyak tekanan kepada kami.”

Schalke mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Moenchengladbach ketika kedua-dua pasukan bertemu pada Ogos lalu tetapi pasukan Royal Blues mendominasi permainan di Veltins Arena di depan 62,251 penyokong pada Jumaat.

Mereka menguasai permainan selepas waktu rehat apabila Gregoritsch menarik beberapa pemain pertahanan ke sebelah kiri padang dan mengesan pemain tengah Suat Serdar tidak dijaga di bahagian tengah.

Pemain tengah Jerman itu berada jauh di luar kotak penalti tetapi mengambil masa untuk melakukan rembatan cantik melepasi Sommer pada minit ke-48.

Gregoritsch, pemain antarabangsa Austria, kemudian menjaringkan gol apabila Schalke melancarkan serangan balas yang pantas setelah serangan Gladbach berjaya dipatahkan.

Pemain tengah utama Daniel Caligiuri melepaskan penyerang Belgium Benito Raman ke ruang kosong di sebelah kiri padang dan dia mengesan Gregoritsch berlari ke dalam kotak penalti, dan pemain yang tampil buat julung kali itu merembat masuk gol kedua pada minit ke-58.  

Kekalahan itu mengekalkan Gladbach di tempat kedua dalam carta liga tetapi mereka dapat dipintas oleh Bayern pada malam ini (Ahad) apabila mereka melawat Hertha Berlin yang menduduki bahagian tengah carta liga. — AFP

Advertisement