Anda di sini

Gandingan Nazmie, Owen ungguli Cabaran Badminton Satok 2020

Advertisement
Para peserta sempat merakam kenangan bersama pihak penganjur selepas majlis penyampaian hadiah.
Para peserta sempat merakam kenangan bersama pihak penganjur selepas majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Gandingan Nazmie dan Owen terbukti hebat dengan menjulang Cabaran Badminton Satok 2020 yang menutup tirai di Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS), Petra Jaya hari ini.

Mereka menewaskan pasangan Faisal dan Syazwan manakala Yusri/Teoh dan Ashley/Jeremy menduduki tempat ketiga bersama.

Dalam kategori Bergu Lelaki Veteran Campuran, pasangan Kalana/Yusri sukar untuk ditandingi gandingan Baharin/Pui Young dalam aksi final untuk muncul johan.

Tempat ketiga bersama dirangkul pasangan Nazmie/Kamil dan Kusairie/Mustafa.

Cabaran Badminton Satok 2020 berlangsung dari 18 hingga 19 Januari dengan melibatkan sejumlah 47 regu terbuka lelaki dan 31 bergu veteran campuran termasuk dari Sri Aman dan Samarahan.

Pengerusi Program, Mohamad Akram Karim mengucapkan terima kasih banyak kepada koordinator program, Faisal Johan dan Fazlan Yusuf serta para peserta dan jawatankuasa teknikal yang menjayakan pertandingan tersebut.

Beliau juga berharap usaha melalui penganjuran cabaran itu dapat melahirkan lebih ramai pemain badminton yang berkebolehan.

 

  • oleh
  • Advertisement