Anda di sini

Belum ada tuntutan wang tebusan: Omar

Advertisement
OMAR
OMAR

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata belum ada sebarang tuntutan wang tebusan diterima berkaitan insiden penculikan lima nelayan warga Indonesia diterima.

Menurutnya, perkembangan insiden itu akan terus dipantau dan siasatan terperinci terus dijalankan termasuk terhadap tiga kru kapal pukat tunda yang dibebaskan.

"Maklumat yang diberikan tiga kru bebas mengatakan kapal mereka telah diculik, lima kru diculik dan dibawa ke negara jiran manakala mereka bertiga telah dibebaskan," katanya di Kimanis, kelmarin.

Terdahulu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali mengesahkan lima dari lapan nelayan warga Indonesia dipercayai telah diculik di Perairan Tambisan, Tungku, kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kapal pukat tunda yang berdaftar di Sandakan menangkap ikan di lokasi.
 
Sebelumnya, laporan dibuat nelayan berikutan penemuan sebuah kapal pukat tunda nelayan ditemui tanpa juragan dan anak kapal di perairan di perairan Tambisan.

Difahamkan, nelayan warga Indonesia yang diculik ialah Arsyad Dahlan, 41, La Baa, 32, Riswanto Hayano, 27, Edi Lawalopo, 53, Syarizal Kastamiran, 29.

Manakala tiga yang dibebaskan ialah Abdul Latif, 37, Daeng Akbal, 20, Pian Janiru, 36.

Pada 23 September 2019, tiga nelayan warga Indonesia, Muhamad Farhan, 27, Maharudin Lunani, 48, dan Samiun Maneu, 27, diculik dari perairan Tambisan, Tungku.

Dua diselamatkan tentera Filipina pada 22 Disember 2019 iaitu Maharudin dan Samiun sementara Muhamad Farhan pula diselamatkan pada Rabu lalu di perkampungan Barangay, Bato-Bato, Indanan, Sulu, Filipina.


 

  • oleh
  • Advertisement