Anda di sini

Virus misteri ragut nyawa kedua di China

Advertisement
 Penumpang berjalan melintasi papan tanda, yang memberi amaran mengenai penularan virus misteri di bandar Wuhan, China, di Lapangan Terbang Narita di Chiba, Jepun kelmarin. — Gambar AFP
AMARAN: Penumpang berjalan melintasi papan tanda, yang memberi amaran mengenai penularan virus misteri di bandar Wuhan, China, di Lapangan Terbang Narita di Chiba, Jepun kelmarin. — Gambar AFP

BEIJING: Seorang mangsa kedua telah meninggal dunia di China akibat sejenis virus misteri yang telah menyerang beberapa orang dan muncul di dua negara Asia yang lain, kata pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa tempatan seorang lelaki ber-usia 69 tahun meninggal dunia pada Rabu lepas di Wuhan, bandar di tengah China dipercayai sebagai pusat utama bagi satu wabak virus korona berasal daripada jenis yang sama dengan patogen SARS yang berbahaya.

Wabak telah mencetuskan amaran kerana kaitan dengan SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk), yang membunuh 349 orang di tanah besar China dan seramai 299 di Hong Kong pada 2002-2003.

Sekurang-kurangnya 41 orang telah menghidap pneumonia dikaitkan dengan virus baharu di China, mendesak pihak berkuasa di Hong Kong agar mempertingkatkan langkah pengesanan, termasuk pusat pemeriksaan suhu bagi pelancong dalam negara.

Suruhanjaya kesihatan Wuhan menyatakan dalam satu kenyataan kelmarin bahawa 12 orang telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, sementara lima lagi berada dalam keadaan serius.

Lelaki yang meninggal dunia telah jatuh sakit pada 31 Disember dan keadaannya bertambah buruk lima hari kemudian, dengan tuberkulosis pulmonari dan beberapa masalah fungsi pada organ, menurut pihak suruhanjaya.

Dua kes lain telah dikesan – di Thailand dan Jepun – dengan pihak pengurus kesihatan di kedua-dua negara menyatakan pesakit telah melawat Wuhan sebelum mereka dimasukkan ke hospital.

Pihak berkuasa di Wuhan berkata sebuah pasar makanan laut merupakan pusat bagi wabak.

Ia telah ditutup pada 1 Januari.

Tiada pemindahan manusia kepada manusia bagi virus di sebalik wabak Wuhan yang telah disahkan setakat ini, namun suruhanjaya kesihatan telah menyatakan kemungkinan “tidak dapat ditolak”.

Seorang doktor dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa ia tidak mengejutkan sekiranya terdapat “beberapa jangkitan antara manusia ke manusia yang terhad, terutama di kalangan keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan satu sama lain.”

Suruhanjaya kesihatan Wuhan menyatakan pada Rabu lepas seorang lelaki yang didiagnosis bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan, namun isterinya telah didiagnosis dengan pe-nyakit walaupun melaporkan “tiada sejarah bagi pendedahan” di fasiliti.

Wanita itu didiagnosis di Thailand dilaporkan tidak mengunjungi pasar makanan laut, menurut WHO pada Selasa lepas. Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil pada awal minggu ini.

Pesakit di Jepun, yang dibenarkan keluar dari hospital, juga tidak melawat pasar itu.

Pihak berkuasa Jepun menyatakan ia kemungkinan bahawa lelaki itu telah berhubungan dengan seseorang yang dijangkiti virus itu ketika di Wuhan.

Pusat AS bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit telah mengemukakan satu amaran Paras 1 “Watch” bagi pelancong ke  Wuhan, menyatakan mereka harus mengamalkan langkah berjaga-jaga dan mengelakkan berhubung dengan haiwan dan orang yang sakit. — AFP

Advertisement