Anda di sini

Tindakan pantas penghuni selamatkan madrasah dari terbakar

Advertisement
 Kelihatan rak pakaian yang terbakar berjaya dipadamkan diperiksa oleh anggota bomba.
TERBAKAR: Kelihatan rak pakaian yang terbakar berjaya dipadamkan diperiksa oleh anggota bomba.

KINABATANGAN: Tindakan pantas penghuni Madrasah Al-Iman Kampung Paris 3 memadam api yang menyala pada rak pakaian wanita di salah sebuah bilik telah menyelamatkan madrasah dari terbakar, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba (PPB) Nurul Azlan Shah Jamaludin berkata pihaknya telah menerima panggilan melalui MER999 lebih kurang jam 2.02 pagi berhubung kejadian itu. 

“Pihaknya seterusnya menggerakkan BBP Kinabatangan respon ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah jentera FRT yang diketuai oleh PBKII Hairul Bin Jamal bersama 5 orang anggota,” katanya. 

Beliau berkata laporan yang diperolehi dari ketua operasi mengatakan kebakaran melibatkan sebuah madrasah jenis kekal di bahagian bilik pelajar perempuan dengan keluasan bilik 10x9 kaki telah terbakar 5 peratus. 

“Api sudah dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya. 

Beliau berkata pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di kawasan kebakaran untuk memastikan tiada lagi kemerbahayan lain. 

“Kebakaran itu hanya melibatkan rak pakaian wanita yang terletak dalam bilik pelajar perempuan,” katanya.

Azlan Shah berkata sewaktu kejadian penghuni bilik tidur di ruang tamu rumah madrasah berkenaan.  

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata operasi dilaporkan terkawal pada jam 3.05 pagi dan ditamatkan sepenuhnya lebih kurang jam 3.10 pagi. 

“Pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran terbabit,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement