Anda di sini

PPM Lahad Datu tahan lelaki bawa 1,570 rokok

Advertisement
 Suspek yang ditahan dan rokok yang dirampas.
TAHAN: Suspek yang ditahan dan rokok yang dirampas.

 

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan seorang lelaki tempatan, 29, dan merampas sejumlah 1,570 bungkus rokok pelbagai jenis tidak bercukai  di Jalan Agaseh, dekat sini, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata hasil maklumat awam berkaitan penyeludupan rokok, sepasukan Unit Risikan Marin telah bertindak dan mengesan suspek yang mencurigakan di lokasi pada Jumaat jam 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan, didapati suspek membawa sebanyak 1,570 bungkus rokok tidak bercukai berjenama Premium, Suria, LA dan Astro dalam kenderaannya.

"Nilai rampasan rokok dianggar bernilai RM104,100 selepas cukai dan kenderaan turut disita dianggar bernilai RM7,000," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

 

  • oleh
  • Advertisement