Anda di sini

Polis rampas 440 karton rokok bernilai RM32,000

Advertisement
 Mohd Fahmi (tengah) menunjukkan rokok seludup yang dirampas semalam selepas sidang media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
SELUDUP: Mohd Fahmi (tengah) menunjukkan rokok seludup yang dirampas semalam selepas sidang media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Polis merampas 440 karton rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup yang dianggar bernilai RM32,000 susulan penahanan seorang lelaki Indonesia di Bazar Baru Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata kesemua rokok yang berjumlah kira-kira 86,400 batang itu dipercayai diseludup dari Indonesia melalui jalan laut.

“Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pukul 1.30 tengah hari di sekitar bazar dan hasil pemeriksaan ke atasnya menjumpai satu karton rokok gudang garam dipercayai rokok seludup.

“Penahanan itu membawa polis ke bazar terbabit dan menjumpai sejumlah karton rokok pelbagai jenama yang disorok di dalam bazar itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam. — Bernama

Advertisement