Anda di sini

Peratusan mengundi lebihi sasaran

Advertisement
 Shafie membonceng motosikal berkonvoi untuk melawat beberapa PDM sekitar Kimanis, Bongawan dan Membakut.
KONVOI: Shafie membonceng motosikal berkonvoi untuk melawat beberapa PDM sekitar Kimanis, Bongawan dan Membakut.

MEMBAKUT: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK)Parlimen P176 Kimanis merekodkan jumlah peratusan keluar mengundi melebihi jumlah sasaran.

Sehingga jam 4 petang semalam, peratusan keluar mengundi merekodkan jumlah sebanyak 76.14 peratus.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati proses pengundian berjalan lancar dan kebanyakan pengundi keluar awal sejurus PDM dibuka jam 7.30 pagi sehingga semua PDM ditutup pada jam 5 petang.

 

Kebanyakan pengundi yang keluar pada sebelah pagi terdiri daripada orang dewasa, manakala selepas tengah hari ramai pengundi muda keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Secara keseluruhannya, terdapat 19 pusat mengundi dan 68 saluran dibuka bagi PRK Kimanis ini.

 Karim tiba di PDM SK Kimanis untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
MENGUNDI: Karim tiba di PDM SK Kimanis untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Parlimen Kimanis mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Membakut dan Bongawan membabitkan jumlah pengundi keseluruhan seramai 29,664 orang.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

Kedua-dua calon menunaikan tanggungjawab masing-masing pada sebelah pagi sebelum membuat tinjauan di beberapa kawasan PDM sekitar Kimanis.

 Mohamad (kanan) selesai mengundi di PDM SK Lady of Fatima Kelatuan.
SELESAI: Mohamad (kanan) selesai mengundi di PDM SK Lady of Fatima Kelatuan.

Karim yang tiba seawal jam 8.52 pagi di PDM Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis selesai mengundi pada jam 9 pagi manakala Mohamad selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Our Lady of Fatima Kelatuan pada jam 9.14 pagi.

Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal membuat kelainan dengan tampil secara berkonvoi motosikal untuk melawat beberapa PDM di Kimanis, Bongawan dan Membakut bermula jam 10 pagi.

 Salah seorang warga emas datang berkerusi roda untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
TUNAI TANGGUNGJAWAB: Salah seorang warga emas datang berkerusi roda untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
  • oleh
  • Advertisement