Anda di sini

Liverpool tekad untuk jarakkan diri kepada 30 mata dengan Man United

Advertisement
KLOPP
KLOPP

LONDON: Liverpool dapat meluaskan lagi jurang di antara diri mereka dengan Manchester United (MU) kepada 30 mata jika mereka menang dalam pertarungan di Anfield antara dua buah kelab paling berjaya di England esok (Ahad).

Para pemain Jurgen Klopp nampak bakal menamatkan penantian selama 30 tahun untuk memenangi kejuaraan liga utama, dengan kelebihan 14 mata ke atas juara bertahan Manchester City selain kelebihan baki satu perlawanan lagi.

MU berada 13 mata lagi di belakang, selepas turut bermain lebih satu perlawanan lagi berbanding Liverpool, dan amat memerlukan penamat yang mantap pada musim ini bagi mengelak daripada kegagalan untuk layak ke Liga Juara-Juara bagi musim kedua berturut-turut.

Bagaimanapun para pemain Ole Gunnar Solskjaer merupakan satu-satunya pasukan yang telah memperlahankan kemajuan Liverpool ke arah kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Keputusan seri 1-1 di antara kedua-dua pasukan pada Oktober lalu merupakan satu-satunya masa juara Eropah itu telah melepaskan mata pada musim ini.

Mereka kini sudah mencipta rekod bagi lima liga terkemuka di Eropah, dengan 20 kemenangan daripada 21 perlawanan pembukaan mereka.

“Pasukan kami memiliki pola pemikiran kemenangan. Kami sentiasa memikirkan tentang perlawanan seterusnya, kami tidak melihat terlalu jauh di depan,” kata penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, yang dibolosi hanya satu gol sahaja dalam 10 perlawanan terakhirnya.

“Kami fokus kepada apa yang dapat dicapai pada waktu itu dan kami melakukan segalanya yang termampu untuk memastikan kami meninggalkan padang dengan kemenangan dan ini telah menyumbang kepada keputusan yang hebat pada musim ini.”

Pemain nombor satu Brazil itu pasti yakin dapat menjaga gawang tanpa dibolosi gol esok, selepas penjaring terbanyak MU Marcus Rashford menimbulkan tanda tanya selepas bermain hanya selama 15 minit sahaja sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan 1-0 pada Rabu lepas ke atas Wolves dalam Piala FA.

“Saya tidak mahu menurunkannya, tetapi kami memerlukan kemenangan itu. Ia telah memakan diri,” akui Solskjaer.

MU boleh mendapati diri ketinggalan lapan mata di belakang kelompok empat teratas pada waktu mereka melakukan sepak mula di Anfield jika Chelsea menang di Newcastle pada malam ini (Sabtu).

Kemenangan bagi pasukan The Blues di Tyneside juga akan meletakkan para pemain Frank Lampard 12 mata di depan Tottenham, kecualilah para pemain Jose Mourinho dapat menamatkan siri kemenangan Watford di Vicarage Road.

Hanya Liverpool dan City sahaja sudah mengutip lebih banyak mata dalam enam perlawanan sejak Nigel Pearson mengambil alih pasukan The Hornets, dengan 13 mata daripada lima perlawanan terakhir mereka untuk mengeluarkan mereka dari zon relegasi buat pertama kali pada musim ini.

Spurs mengurangkan jurang 12 mata dengan Chelsea selepas Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino pada November lalu kepada tiga mata sebelum pertemuan mereka sebulan kemudian.

Namun mereka memenangi hanya satu sahaja daripada lima perlawanan liga terakhir mereka, seterusnya menjejaskan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara bagi musim kelima berturut-turut.

“Kita dapat bercakap mengenai kelompok empat teratas apabila kita memulakan musim dengan kosong mata, tetapi ia adalah sukar untuk bercakap mengenainya apabila kita bermula dengan tolak 12,” kata Mourinho.

Dua pasukan tercorot menentang satu sama lain di Carrow Road apabila Norwich menerima kunjungan Bournemouth.

Pasukan Daniel Farke belum menang dalam sembilan perlawanan liga terakhir mereka untuk jatuh lapan mata di bawah zon selamat, tetapi masih mengutip lebih banyak mata dalam tempoh dua bulan lepas berbanding pasukan pelawat.

Empat mata dalam 11 perlawanan telah meletakkan Bournemouth di dalam zon relegasi.

Pasukan The Cherries bergelut di bahagian serangan mahupun di bahagian pertahanan, selepas dibolosi 22 gol dan menjaringkan hanya enam gol sahaja dalam tempoh berkenaan untuk mengancam pembabitkan mereka selama lima musim dalam liga utama. — AFP

Advertisement