Anda di sini

Lima nelayan warga Indonesia diculik di perairan Tambisan

Advertisement
HAZANI
HAZANI

LAHAD DATU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali mengesahkan lima dari lapan nelayan warga Indonesia dipercayai telah diculik di Perairan Tambisan, Tungku, kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kapal pukat tunda yang berdaftar di Sandakan menangkap ikan di lokasi antara pukul 9 hingga 10 malam.

"Pihak ESSCom sedang menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada tiga mangsa yang selamat ketika insiden itu," katanya di sini.

Pada perkembangan sama, pengurusan kapal yang dihubungi tidak dapat memberi maklumat lanjut insiden itu.

"Saya masih terkejut dan tidak dapat memberi sebarang maklumat kerana belum berhubung dengan kru kapal.

"Saya kini dalam perjalanan ke Lahad Datu untuk berkerjasama memberi keterangan untuk kes ini," katanya.

Difahamkan, sebuah kapal pukat tunda ditemui tanpa juragan dan kru di perairan Tangusu Bay, dekat Tambisan oleh nelayan.

Insiden penculikan dipercayai berlaku pada pada lewat malam Khamis di Tangasu Bay kedudukan empat batu nautika Barat Laut Tambisan.

Pada 23 September 2019, tiga nelayan warga Indonesia, Muhamad Farhan, 27, Maharudin Lunani, 48, dan Samiun Maneu, 27, diculik dari perairan Tambisan, Tungku.

Dua diselamatkan tentera Filipina pada 22 Disember 2019 iaitu Maharudin dan Samiun sementara Muhamad Farhan pula diselamatkan pada Rabu lalu di perkampungan Barangay, Bato-Bato, Indanan, Sulu, Filipina.

  • oleh
  • Advertisement