Anda di sini

Dua pelatih GiatMara Keningau lanjut pelajaran ke IKM TSYA

Advertisement
 Jamidol (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih yang berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap diploma di IKM TSYA Pekan Pahang.
KENANGAN: Jamidol (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih yang berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap diploma di IKM TSYA Pekan Pahang.

 

KENINGAU: Dua pelatih GiatMara Keningau berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad (TSYA) Pekan Pahang dalam Diploma Pengeluaran Perabot dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap empat bagi Sesi 1/2020.

Pengurus GiatMara Keningau Jamidol Alip berkata pihaknya dan kakitangan sentiasa mengambil berat berkenaan keadaan dan keberadaan alumni GiatMara Keningau bagi memastikan lepasan GiatMara Keningau tidak tercicir sebaliknya meneruskan bidang yang diceburi.

"Kami tidak akan membiarkan pelatih kami yang bercita-cita tinggi berhenti di GiatMara sahaja dan jika adanya minat yang tinggi pada pelatih terbabit, kami akan membantu semampu yang boleh.

"Ini terutamanya dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kemahiran agar mereka boleh mengubah taraf hidup serta keluarga dan dalam masa sama menjadi contoh kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu salah seorang pelatih yang berjaya melanjutkan pelajaran berkata beliau sangat gembira apabila mendapat keputusan penerimaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma.

Katanya pelanjutan pelajaran ini sangat bermakna berikutan kelulusan akedemiknya tidaklah begitu baik tetapi dengan berbekalkan SKM daripada GiatMara, beliau berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tersebut.

Beliau juga akan terus berusaha dalam bidang yang diceburi kerana dalam bidang kemahiranlah yang membolehkannya mengapai lebih banyak peluang selepas ini.

 

  • oleh
  • Advertisement