Anda di sini

Darell sumbang 21 kepala singa kepada 14 persatuan

Advertisement
 Jennifer (sembilan kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Jennifer (sembilan kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking memberikan sumbangan sejumlah 21 kepala singa kepada 14 persatuan tarian singa dan naga dari sekitar daerah berkenaan.

Sumbangan berkenaan juga adalah acara tahunan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang yang diadakan setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.

Antara persatuan yang menerima sumbangan berkenaan ialah Kelab Tarian Singa Muda Mudi Penampang, Kelab Tarian Singa dan Naga Wan San Long Yi, KRT Lion Dance, Persatuan Tarian Singa Nosoob Baru Penampang, Persatuan Tarian Tarian Unicorn Lee serta banyak lagi.

Darell yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diwakili isterinya Datin Jennifer Jongiji ketika menyempurnakan acara penyerahan dan majlis membuka mata singa di sini.

 

  • oleh
  • Advertisement