Anda di sini

Cubaan 24 PTI seberang ke Filipina dari jalan tikus gagal

Advertisement
 Kesemua PTI yang ditangkap dalam Ops Pluto Timur.
TANGKAPAN : Kesemua PTI yang ditangkap dalam Ops Pluto Timur.

TAWAU: Maritim Malaysia Zon Tawau berjaya menangkap seramai 24 pendatang tanpa izin (PTI) disyaki cuba menyeberang keluar dari perairan negara secara tidak sah di sekitar perairan Sungai Membalua, di sini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva A/L Vengadasalam berkata tangkapan dibuat pada jam 2.30 pagi semasa bot peronda Maritim sedang menjalankan rondaan dan pemeriksaan rutin dalam Ops Pluto Timur 2/13 di sekitar kawasan tanggungjawab.

"Hasil daripada maklumat bot penumpang itu dipercayai menuju keluar dari daerah ini menuju ke sebuah pulau di Filipina.

 Siva ditemui semasa sidang media di pejabat Zon Maritim Tawau.
SIDANG MEDIA : Siva ditemui semasa sidang media di pejabat Zon Maritim Tawau.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penumpang berkenaan juragan yang membawa mereka bertindak terjun ke laut setelah menyedari kehadiran anggota Maritim," katanya semasa sidang medianya di sini.

Mengulas lanjut, pemeriksaan awal mendapati terdapat 24 penumpang di dalam bot tersebut yang terdiri daripada 11 lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan 10 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2 hingga 57 tahun.

"Anggota Maritim yang membuat pemeriksaan ke atas penumpang terbabit  mendapati kesemuanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya lagi.

Menurutnya lagi, pemeriksaan lanjut turut menemukan 875 liter minyak petrol dalam 35 jerikin dan empat tong gas LPG di dalam bot pam tersebut.

"Kesemua barang kawalan yang dirampas juga tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya.

 Barang-barang rampasan yang turut berada di dalam bot pam tersebut.
RAMPASAN : Barang-barang rampasan yang turut berada di dalam bot pam tersebut.

Siva berkata, kesemua tangkapan dan bot pam serta barang rampasan dibawa masuk ke jeti Pos Inderasabah untuk siasatan lajut dan anggaran kesemua rampasan bernilai RM16,009.20.

"Kes tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekala 1961 kerana disyaki gagal mematuhi undang-undang sedia ada dengan melalui laluan yang tidak diwartakan," katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement