Anda di sini

CMS terbukti peneraju utama, raih Anugerah Kecemerlangan SHEDA

Advertisement
 Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kanan) menyampaikan Anugerah SHEDA untuk Pembangunan Strata kepada Isaac.
SYABAS: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kanan) menyampaikan Anugerah SHEDA untuk Pembangunan Strata kepada Isaac.

KUCHING: CMS Property Development Sdn Bhd (CMS) terbukti sebagai peneraju utama dalam pasaran hartanah Sarawak apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) pada Makan Malam Tahunan Gala Aturan Industri, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, CMS meraih anugerah tersebut menerusi kategori Pembangunan Strata (High Rise) untuk Rivervale Condominium.

“Anugerah Kecemerla-ngan SHEDA diberi berdasarkan empat kriteria yang ketat iaitu Gambaran Keseluruhan Projek, Seni Bina dan Reka Bentuk, Strategi Pemasaran dan Manfaat Komuniti dan Alam Sekitar.

“Syarikat kami telah ber-usaha keras dari segi strategi dan perancangan konsep Ri-vervale kerana mahu membina persekitaran yang selamat dan mendamaikan untuk penghuninya, tetapi kami mahukan lebih daripada itu.

“Kami mahu memboleh-kan ekosistem hidup yang mempunyai ciri-ciri yang menyeronokkan, fungsi, alam dan masyarakat,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad Datuk Isaac Lugun.

Beliau menambah, Rivervale mempunyai pelbagai kemudahan termasuk termasuk bilik kanak-kanak, teater mini, bilik permainan dan taman terbuka dengan ikan koi Jepun di dalam sungai.

“Kemudahan lain terma-suk gimnasium, taman permainan, kolam renang, jakuzi kolam renang kanak-kanak, kawasan barbeku, gazebo dan teres tempat duduk berlakarkan oasis alam semula jadi,” katanya.

Pada masa ini, kira-kira 80 peratus daripada Kondominium Rivervale telah dijual sementara terdapat 146 unit Blok A dan B terus menarik minat ramai dengan gaya hidup mewah bertaraf tinggi.

Advertisement