Anda di sini

Realme lancarkan dua produk baharu realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i

Advertisement
 realme Buds Air dijual dengan harga pasaran RM299 manakala telefon pintar realme 5i dijual dengan harga RM599.
HEBAT: realme Buds Air dijual dengan harga pasaran RM299 manakala telefon pintar realme 5i dijual dengan harga RM599.

SUBANG JAYA: realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang hari ini meng-akhiri tanda tanya peminat realme dengan melancarkan dua produk baharu iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i.

 Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme.

Pengurus Jenama realme Malaysia Tiffany Teh berkata,  tahun lalu merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami.

“Kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air dan realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri.

 “Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri,” katanya pada majlis pelancaran realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i di EX8 Subang Jaya baru-baru ini.

realme Buds Air menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekali gus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.

Dengan transmisi dwimasa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kele-watan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms.

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang.

Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semula jadi terintegrasi dengan telinga anda.

Bagi model telefon pintar realme 5i - Quad Camera Battery Hero pula, model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.

realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlin-dungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad ka-mera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

realme Buds Air dijual dengan harga pasaran RM299 manakala telefon pintar realme 5i dijula dengan harga RM599.

Berita baik bagi mereka yang ingin mendapatkan realme Buds Air dengan harga promosi, pada Jualan online pertama Shopee 21 Januari ini bermula jam 1200 pagi, produk ini akan dijual dengan harga harga eksklusif iaitu RM199 (Hanya pada 21 Januari).

  • oleh
  • Advertisement