Anda di sini

Pizza Hut perkenal piza ‘Sweet & Sour Cheesy Bites’

Advertisement
 Pizza Hut memperkenalkan ‘Piza Sweet & Sour Cheesy Bites’ sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2020.
HIDANGAN ISTIMEWA: Pizza Hut memperkenalkan ‘Piza Sweet & Sour Cheesy Bites’ sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2020.

KUCHING: Pizza Hut memperkenalkan hidangan klasik ayam masam manis dalam bentuk Piza Cheesy Bites terkenalnya, yang pasti memberi lebih kemeriahan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia Jean Ler berkata, setiap kali tibanya perayaan itu, sememangnya ia disambut meriah dengan tradisi yang tersendiri, di mana generasi tua dan muda bersama-sama berkumpul bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Pizza Hut ingin menyemarakkan lagi tradisi bagi menarik golongan muda dan tua untuk menjalin semula hubungan erat sambil bergembira bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Kami percaya apabila keriangan diwujudkan, semua akan lebih bersemangat di dalam memeriahkan tradisi dan menikmati suasana perayaan dengan lebih bermakna bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelasnya, piza terbaharu ‘Sweet & Sour Cheesy Bites’ ini memberi sentuhan unik kepada hidangan oriental terkenal ayam masam manis, di dalam bentuk piza kegemaran ramai iaitu Cheesy Bites.

Beliau memberitahu, ke-lainan ini pasti memberikan keriangan kepada tradisi jamuan makan besar perayaan Tahun Baharu Cina sekali gus meraikan tradisi bermakna ini dengan menampilkan ramuan lazat, istimewa bagi menyambut kedatangan tahun baharu ini.

“Piza Sweet & Sour Cheesy Bites kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut dan juga melalui khidmat penghantaran di seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 20 Februari sementara stok masih ada,” tambah Jean.

Mengulas lanjut, jelasnya, untuk menikmati keenakan ‘piza Sweet & Sour Cheesy Bites’, ia dijual pada harga bermula RM41.90 untuk hidangan ala carte, manakala hidangan kombo juga tersedia untuk kedua-dua khidmat penghantaran, bawa pulang dan juga makan di restoran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

Advertisement