Anda di sini

Pemilihan bagi mewakili Sibu

Advertisement
 Kuo (tengah), Hii (kiri) dan Ung pada sidang media di Sibu semalam.
BERSEDIA: Kuo (tengah), Hii (kiri) dan Ung pada sidang media di Sibu semalam.

SIBU: Seramai 193 perenang bakal berentap pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Sibu 2020 yang akan diadakan di Kolam Renang Bukit Lima, Jalan Alan dari 17 hingga 19 Januari ini.

Peserta yang telibat mewakili lapan sekolah rendah, lapan sekolah menengah, satu sekolah antarabangsa dan Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA).

Penganjur menerima sejumlah 980 penyertaan dalam acara akan dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan.

Pengerusi pengelola Joseph Ung Chung Sung berkata kejohanan kali ini untuk pemilihan perenang yang berkelayakan mewakili Sibu untuk kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan di Sibu dari 14 hingga 16 Febuari depan.

"Kami berharap dapat mencungkil lebih ramai perenang muda baharu berpotensi yang boleh dilatih untuk menyertai kejohanan di peringkat lebih tinggi," jelasnya kepada pemberita di sini semalam.

Pengerusi SASA Oliver Kuo Ging Bing berterima kasih kepada para penaja atas sokongan membantu menaja kejohanan kali ini.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang akan disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting pada Ahad ini.

Hadir sama pada sidang media ialah Setiausaha SASA Tonny Hii Yii Yik.Sementara itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tung Hua mempertaruhkan seramai 29 perenang termasuk 12 perempuan dalam misi merangkul gelaran juara keseluruhan manakala kontinjen kedua terbesar SJK Methodist yang menampilkan 25 perenang diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua dengan 23 perenang.

SMK Chung Hua menurunkan penyertaan terbesar seramai 180 penyertaan bersaing dalam kejohanan diikuti SJK Tung Hua dengan 118 penyertaan dan SMK Scared Heart dengan 102 penyertaan.

Kumpulan umur terdiri daripada Kumpulan A (17-18 tahun), Kumpulan B (14-16 tahun), Kumpulan C (13-14 tahun), Kumpulan D (10-12 tahun) dan Kumpulan E (9 tahun ke bawah).

Antara acara lelaki dan perempuan dipertandingkan adalah gaya bebas (50m, 100m, 200m, 400m, 800m, 1,500m), kuak lentang (50m, 100m, 200m), kuak dada (50,m, 100m, 200m), kuak kupu-kupu (50m, 100m, 200m), 200m rampaian individu, 400m rampaian individu, 4x50m rampaian berganti-ganti, 4x100m rampaian berganti-ganti dan 4x100m gaya bebas berganti-ganti.

  • oleh
  • Advertisement