Anda di sini

Monaco dibelasah oleh bekas penyerang

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Monaco dan PSG di Monaco. — Gambar AFP
AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Monaco dan PSG di Monaco. — Gambar AFP

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk menambah koleksi 20 jaringan musim ketika membantu Paris Saint Germain (PSG) membelasah bekas kelabnya, Monaco 4-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis Rabu lepas.

Kemenangan meletakkan PSG berkelebihan lapan mata di singgahsana liga.

Mereka juga mencipta gol liga yang ke-50 dari 20 perlawanan setakat musim ini.

Monaco membawa pulang satu mata ketika seri 3-3 pada perlawanan di Paris minggu lepas tetapi tiada ulangan aksi yang sama tiga hari kemudian.

Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-24 dan 90, dengan Neymar menyempurnakan penalti pada minit kecederaan separuh masa pertama.

Pablo Sarabia menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-73, beberapa saat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Ibrahima Bakayoko menjaringkan gol sagu hati lewat Monaco.

“Dalam semua posisi, kami lebih bagus berbanding Ahad lepas,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

“Ia kemenangan selayaknya, kami menguasai permainan.”

Tuchel, menurunkan empat penyerang – Mbappe, Neymar, Maurco Icardi dan Angel Di Maria dalam kesebelasan utama.

Ia adalah keputusan yang membuahkan hasil apabila Di Maria melambung bola kepada Mbappe untuk membuka jaringan.

Penjaga gol Monaco, Benjamin Lecomte, menafikan gol kedua lebih awal Mbappe sebanyak dua kali dalam separuh masa pertama.

Neymar menambah jaringan dari satu tendangan penalti pada minit kecederaan sebelum rehat selepas Kamil Glik mengasari Layvin Kurzawa dalam kotak penalti.

Sarabia menjaringkan gol ketiga dari umpanan Marco Verratti sebelum Mbappe melengkapkan jaringan ke atas kelab yang beliau sertai pada 2015.

Rennes menduduki tangga ketiga liga, lima mata di belakang Marseille dan 13 mata di belakang PSG selepas menewaskan Nimes 1-0.

Gol kemenangan Nimes dijaringkan Adrien Hunou pada minit ke-64 untuk kemenangan keenam dari tujuh perlawanan terakhir.

Nimes kekal di tangga kedua dari bawah liga. — AFP

Advertisement