Anda di sini

Miri Marriot saji set Tahun Baharu Cina

Advertisement
 Ikan merah dimasak dengan sos nyonya.
MENYELERAKAN: Ikan merah dimasak dengan sos nyonya.
 Set yee sang yang boleh dipesan di Zest Restaurant di Miri Marriott Resort & Spa.
BAWA TUAH: Set yee sang yang boleh dipesan di Zest Restaurant di Miri Marriott Resort & Spa.

MIRI: Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba, Zest Restaurant di Miri Marriott Resort & Spa kini menyajikan set makanan dengan pelbagai hidangan yang sungguh menyelerakan.

Bermula kelmarin hingga 9 Februari depan, sambutlah Tahun Baharu Cina dengan keluarga atau kenalan anda di sini.

Set makanan tersebut boleh dipesan untuk makan tengah hari atau makan malam pada harga RM588++, RM688++, RM888++ dan RM1088++ . Setiap set adalah untuk 10 orang.

Antara hidangan termasuklah kombinasi pembuka selera panas dan sejuk, sup makanan laut Marriot, itik kungpao, ikan merah dengan sos nyonya, ayam kampung, udang galah masak keju, daging masak ala Cina dan banyak lagi.

Selain itu, para pelanggan boleh memesan set yee sang yang berharga RM50 atau set yang lebih besar pada harga RM88.

Untuk tempahan, sila hubungi Zest Restaurant di Miri Marriott Resort & Spa di talian 085-421121.

Advertisement