Anda di sini

Bayi masih bertali pusat dijumpai di pohon pisang

Advertisement
Bayi yang dijumpai berhampiran pokok pisang sedang diberi rawatan awal oleh paramedik Hospital Sibu, pagi tadi
Bayi yang dijumpai berhampiran pokok pisang diberi rawatan awal oleh paramedik Hospital Sibu, pagi tadi.

SIBU: Tangisan bayi di kawasan semak, mengejutkan seorang pekebun ketika membuang sampah di luar rumahnya di sini, pagi tadi.

Bayi cukup sifat yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai masih bertali pusat di pokok pisang berhampiran rumah Kemarau Langkau di Sibu Jaya.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berusia 45 tahun berkenaan terus memaklumkan penemuan itu kepada polis selepas menjumpai bayi perempuan yang masih sihat kira-kira pada pukul 9.30 pagi.

"Dia (pengadu) mencari ke arah suara bayi menangis itu sehingga menjumpai seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dibawah pokok pisang di situ," katanya ketika dihubungi.
 
Stanley menambah Kemarau kemudian membawa bayi itu ke rumahnya dan terus memandikannya sebelum diserahkan kepada Balai Polis Sibu Jaya.

"Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement