Anda di sini

Tawaran hebat Shopee Sempena TBC

Advertisement

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang terkemuka Malaysia, Shopee baru-baru ini telah mengumumkan tawaran dan diskaun Jualan Tahun Baharu Cina (CNY) yang menarik buat semua pelanggannya sempena menyambut kedatangan tahun 2020.

Berlangsung hingga 28 Januari, kempen ini mempamerkan pelbagai produk baharu, penghantaran percuma RM18, perkhidmatan baharu serta permainan dan hiburan baharu serta semuanya dapat dinikmati di dalam dan luar platform.

Pengguna pastinya tidak mahu terlepas RM8 prosperity deals untuk CNY Hampers, Coca-Cola 24 tin, set alat memasak Tefal, Cheongsam, kipas berdiri Khind dan banyak lagi.

Jongkong emas premium turut boleh didapati pada harga RM1. Beberapa tawaran CNY yang bakal dinikmati termasuk KIT-KAT berperisa limau Mandarin dan Eu Yan Sang Bird’s Nest Mouse Gift Box.

Shopee turut memperkenalkan permainan bertemakan CNY seperti ‘Shopee Ang Pow’ dan ‘Fortune Sticks’, semua dengan baucar bernilai sejumlah RM88,000 dan lebih daripada 18 juta Shopee Coins untuk dimenangi.

Jualan CNY Shopee disokong oleh jenama seperti Nestlé, Unilever, Vinda, P&G, Watsons, Enfagrow, Friso, Realme, Photobook, dan Tesco dan rakan kongsi seperti FPX, RHB, Standard Chartered, United Overseas Bank, antara lain.

Usaha Shopee untuk mengendalikan kempen CNY ini adalah sebahagian daripada strateginya untuk mengekalkan momentum pertumbuhannya yang kukuh, setelah mengakhiri tahun 2019 yang cemerlang.

Untuk menikmati Jualan CNY Shopee, layari http://shopee.com.my/cny-sale.

  • oleh
  • Advertisement