Anda di sini

Selamat dari koma, pemuda menang loteri RM23 juta

Advertisement
- Gambar hiasan.

KUCHING: Tuah selepas koma selama dua bulan akibat kemalangan jalan raya, seorang pemuda berusia 29 tahun dari Selangor menang loteri RM23 juta bagi cabutan Supreme Toto 6/58 pada Ahad lalu.  

Pekerja kilang yang tampil menuntut wang kemenangannya itu ditemani saudaranya dalam kenyataan yang dikeluarkan Sports Toto berkata, ia adalah berkat dari Tuhan selepas pemenang berkenaan terselamat dan sedar dari koma akibat kemalangan.

Katanya, dia terlibat dalam kemalangan tahun lalu selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah lori yang menyebabkannya koma selama dua bulan.

"Selepas peristiwa itu, saya menganggur sehingga dapat bekerja di sebuah kilang baru-baru ini tetapi saya terpaksa berhenti kerja kerana disebabkan keadaan kesihatan saya.

"Saya percaya Tuhan membantu saya untuk menghadapi dugaan ini," katanya sambil menambah dia akan membantu mereka yang memerlukan dengan rezeki yang diperolehinya itu.

Dia bermain nombor Sports Toto lapan tahun lepas dan dengan set nombor bertuahnya iaitu 7,12, 31, 41, 47 dan 49, dia berjaya memenangi loteri itu yang bernilai RM23,068,643.65.

"Saya akan menyelesaikan kesemua hutang saya dan membeli sebuah rumah. Emak saya juga boleh berhenti kerja dan menikmati hidup ini," katanya ketika ditanya tentang perancangannya dalam menggunakan wang kemenangan itu.

Advertisement