Anda di sini

Kunjungi Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan, Tabuan Jaya

Advertisement
 Warga kota dipelawa mengunjung outlet Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan.
TUMPUAN: Warga kota dipelawa mengunjung outlet Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan.

KUCHING: Nutribest Fresh Mart Sdn Bhd (Nutribest Fresh Mart) yang terkenal dengan jualan telur dan ayam segar mempelawa orang ramai untuk mengunjungi cawangan ketujuhnya di Wisma Wan, Tabuan Jaya di sini.

Jurucakap Nutribest Fresh Mart, Ng Soon Lee berkata, cawangan itu yang baharu dibuka September tahun lalu menjual ayam segar yang diambil setiap hari dari ladang ternakan mereka di Sibu.

 Kakitangan Nutribest Fresh Mart menunjukkan tanda bagus bagi ayam segar yang dijual kepada pelanggan.
SEGAR: Kakitangan Nutribest Fresh Mart menunjukkan tanda bagus bagi ayam segar yang dijual kepada pelanggan.

Selain menjual telur dan ayam, katanya, Nutribest Fresh Mart turut menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dan  barangan segar seperti buah-buahan, daging dan sayur-sayuran kepada orang ramai.

“Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan adalah cawangan terbesar kami yang menawarkan pelbagai pilihan barangan kepada orang ramai.

“Ia merupakan alternatif terbaik bagi warga kota untuk mendapatkan barangan segar seperti ayam, telur, sayur-sayuran, buah-buahan dengan harga berpatutan selain pasar basah,” katanya ketika ditemui media di cawangan itu semalam.

Ng berkata, dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang tiba tidak lama lagi, Nutribest Fresh Mart juga menawarkan barangan perayaan seperti buah limau mandarin, hamper, biskut dan banyak lagi.

 Nutribest Fresh Mart turut menawarkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar keapada pelanggan.
PELBAGAI: Nutribest Fresh Mart turut menawarkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar keapada pelanggan.
 Limau ponkam dan mandarin antara barangan perayaan Tahun Baharu Cina yang boleh didapati di Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan.
DATANGLAH: Limau ponkam dan mandarin antara barangan perayaan Tahun Baharu Cina yang boleh didapati di Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan.

“Malah selepas sambutan perayaan ini, kami akan menjual ikan segar untuk memberikan pelbagai pilihan dan memudahkan pelanggan kami membeli-belah,” ujarnya sambil menambah, syarikat itu merancang untuk meluaskan lagi cawangan mereka ke Sibu dan Miri pada masa hadapan.

“Setakat ini, kita mempunyai dua cawangan di Pasar Raya Emart Batu Kawa, dua di Pasar Raya Emart Matang dan satu masing-masing di Batu 7 dan Jalan Rubber,” ujarnya lagi.

 Barangan keperluan harian juga boleh didapati di Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan.
STRATEGIk: Barangan keperluan harian juga boleh didapati di Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan.
 

Outlet Nutribest Fresh Mart di Wisma Wan dibuka sewal jam 8 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.

Namun pada Tahun Baharu Cina ia akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam pada 24 Januari manakala ditutup pada 25 dan 26 Januari.

Advertisement