Anda di sini

Koizumi menteri Jepun pertama umum ambil cuti isteri bersalin

Advertisement
 Gambar fail diambil pada 7 Ogos 2019 menunjukkan Shinjiro Koizumi (kiri) bercakap pada sidang media di pejabat perdana menteri di Tokyo, Jepun. — Gambar AFP
PERTAMA: Gambar fail diambil pada 7 Ogos 2019 menunjukkan Shinjiro Koizumi (kiri) bercakap pada sidang media di pejabat perdana menteri di Tokyo, Jepun. — Gambar AFP

TOKYO: Menteri alam sekitar Jepun semalam berkata dia akan mengambil cuti kelahiran anak selama dua minggu, kali pertama seorang menteri kabinet secara terbuka memberikan komitmen kepada langkah sedemikian di negara itu.

Shinjiro Koizumi, seorang menteri berusia 38 tahun yang memahami media dan berkahwin dengan seorang bekas pembaca berita tele-visyen, memberitahu satu mesyuarat kementerian bahawa ia adalah keputusan yang sukar untuk mengimbangi tugasannya sebagai menteri dan keinginannya untuk berada di sisi bayinya yang baharu lahir.

“Saya mahu bercuti selama  dua minggu menurut kese-suaian, dengan pengecualian bagi tugasan awam yang pen-ting,” katanya, dan menambah dia harap keputusannya dapat membantu mengubah persepsi dan menggalakkan bapa-bapa lain untuk mencontohinya.

Dia tidak akan mengambil cuti selama dua minggu itu secara berturut-turut dan berkata dia kemungkinan akan bekerja dari jauh atau membuat kerja tetapi tidak sepanjang hari pada waktu cutinya nanti – yang akan diambilnya dalam tempoh tiga bulan dari hari kelahiran anaknya.

Jurucakap utama kerajaan menyokong langkah itu, dan berkata ia adalah “penting untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan penerimaan sosial serta sokongan bagi kaum lelaki untuk memohon dan mengambil cuti kelahiran anak.”

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitahu pemberita dia harap keputusan Koizumi akan memberi impak yang positif ke atas sikap terhadap lelaki yang menjadi bapa.

Tidak ada rekod rasmi bagi menteri kabinet pada masa lalu yang telah mengambil cuti kelahiran anak, tetapi Koizumi merupakan yang pertama untuk mengumumkan secara terbuka bahawa dia akan berbuat demikian.

Koizumi, anak seorang bekas perdana menteri, dilantik untuk menjadi menteri alam sekitar dalam rombakan kabinet pada September lalu, seterusnya menjadi menteri ketiga paling muda di Jepun sejak Perang Dunia Kedua tamat.

Dia telah dilihat dengan dekat sebagai seseorang yang berpotensi naik untuk menjadi bintang dalam kerajaan, dan kenyataan serta tingkah-lakunya tertakluk kepada penelitian media yang mendalam.

Di bawah undang-undang, Jepun memberi cuti bersalin  atau cuti kelahiran anak yang agak murah hati kepada pekerja.

Kedua-dua ibu bapa dapat bercuti sehingga setahun, dengan tempoh enam bulan tambahan yang boleh disambung jika tidak ada taska.

Namun hanya enam peratus bapa mengambil cuti kelahiran anak, berbanding lebih 80 peratus ibu yang menggunakan elaun mereka melebihi tempoh mandatori selama lapan minggu selepas kelahiran.

Daripada lelaki-lelaki yang mengambil cuti, lebih 70 peratus bercuti tidak sampai dua minggu.

Aktivis berkata itu adalah kerana tekanan daripada majikan dan masyarakat yang memandang tinggi orang yang bekerja lebih masa.

Beberapa lelaki telah me-nyaman majikan mereka dengan dakwaan bahawa mereka telah mengalami apa yang dikenali di Jepun sebagai “pata-hara”, singkatan bagi gangguan kebapaan, selepas mereka mengambil cuti kelahiran anak.

Isu ini khususnya membimbangkan mengambil kira kadar kelahiran Jepun, yang pada 2018 merupakan antara yang terendah di dunia – dan jauh di bawah kadar yang diperlukan oleh negara itu untuk memelihara populasinya.

Terdapat pelbagai punca bagi masalah itu, ada di antaranya cuba ditangani kerajaan dengan menambah ruang untuk taska dan menggalakkan wanita untuk kembali bekerja selepas me-lahirkan anak. — AFP

Advertisement