Anda di sini

Ketua pembangkang Kemboja dibicara atas tuduhan derhaka

Advertisement
 Kem Sokha mengangkat tangan kepada anggota media ketika meninggalkan                     kediamannya untuk menghadiri perbicaraan atas tuduhan derhaka di mahkamah Phnom Penh, Kemboja semalam. — Gambar AFP
DIBICARA: Kem Sokha mengangkat tangan kepada anggota media ketika meninggalkan kediamannya untuk menghadiri perbicaraan atas tuduhan derhaka di mahkamah Phnom Penh, Kemboja semalam. — Gambar AFP

PHNOM PENH: Perbi-caraan derhaka bagi ketua pembangkang di Kemboja Kem Sokha bermula semalam, lebih dua tahun selepas dia ditangkap dalam kes yang dikecam oleh keluarganya sebagai satu “sandiwara” dan disifatkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai bermotifkan politik.

Pemimpin berusia 66 tahun itu sama-sama me-nubuhkan Parti Penyelamat Negara Kemboja yang kini sudah diharamkan, selepas ia pernah dianggap sebagai satu-satunya parti yang berdaya maju untuk menentang Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Hun Sen – yang sudah memerintah Kemboja dengan kuku besi selama 35 tahun.

Sokha ditangkap pada 2017 dan partinya dibubarkan sebelum pilihan raya yang dikritik umum diada-kan pada tahun berikutnya – seterusnya membolehkan CPP untuk mencapai kemenangan tanpa sebarang tentangan.

Ketua pembangkang itu pada mulanya ditahan di sebuah penjara terpencil sebelum dia diletakkan di bawah tahanan rumah sebelum syarat ikat jaminnya dilonggarkan pada November tahun lepas.

“Saya tidak melakukan sebarang tindakan yang mengancam kepentingan negara,” kata Sokha dalam satu kenyataan yang dipaparkan dalam laman Facebook rasminya ketika mahkamah bersidang.

“Aktiviti politik saya fokus kepada penyertaan dalam pilihan raya yang bebas, adil dan saksama.”

Dia dituduh berkonspi-rasi dalam satu “rancangan sulit” dengan entiti asing untuk menggulingkan kerajaan, menurut dokumen mahkamah – tuduhan yang dia nafikan sekeras-kerasnya.

Jika disabit kesalahan, dia berdepan dengan hukuman penjara selama 30 tahun.

Polis mengelilingi mah-kamah Phnom Penh pada pagi semalam ketika Sokha tiba untuk perbicaraan.

Pemberita dan pemantau hak asasi manusia dilarang daripada memasuki mahkamah, kerana tempat duduk terhad disimpan untuk diplomat asing dan ahli keluarganya.

Anak perempuan Kem Sokha, Kem Monovithya, semalam mengecam pro-siding itu.

“Seluruh pengalaman ini adalah satu sandiwara,” kata-nya kepada AFP.

“Ia merosakkan imej Kemboja. Kita harap dia akan dibebaskan, supaya Kemboja dapat mula kembali ke laluan demokratik.”

Amnesty International menyifatkan perbicaraan itu sebagai “menghina keadilan”, manakala Jabatan Negara AS menyatakan tuduhan itu “dipercayai bermotif-           kan politik”.

Kerana kebimbangan me-ngenai hak asasi manusia, Kesatuan Eropah sedang menyemak semula sama ada Kemboja harus dikeluarkan dari skim bebas tarif dan duti ataupun tidak.

Jika dibatalkan, ia boleh memberi tamparan bernilai berbilion dolar kepda sektor pakaian yang lumayan di negara itu.

Sementara akses istimewa ke pasaran Barat amat pen-ting bagi beberapa sektor, ekonomi negara itu telah dikukuhkan oleh pinjaman dan pelaburan dari China – yang diberikan tanpa soalan mengenai hak asasi manusia dan demokrasi. — AFP

Advertisement