Anda di sini

‘Joker’ dicalon untuk 11 Oscar, ‘Parasite’ calon filem terbaik

Advertisement
 

KISAH buku komik gelap ‘Joker’ mendahului pencalonan Oscar pada Isnin lepas apabila ia mendapat 11 pencalonan termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik, manakala wanita dan etnik minoriti amnya tidak diketengahkan sekali lagi.

Pengumuman Anugerah Akademi sebelum subuh itu melengkapkan kempen tanpa henti-henti selama berbulan-bulan oleh studio dan artis senarai A, yang menunjukkan bintang dan filem mana yang akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama Hollywood pada bulan depan.

‘Joker’ arahan Todd Phillips, kisah ‘arthouse’ tentang asal usul yang suram mengenai musuh Batman yang dibintangi Joaquin Phoenix, berada di depan tiga buah filem.

Penghormatan Quentin Tarantino kepada zaman 1960an di Tinseltown ‘Once Upon a Time ... di Hollywood’, Filem Perang Dunia Pertama arahan Sam Mendes ‘1917’ dan ‘The Irishman’ arahan Martin Scorsese masing-masing mendapat 10 pencalonan, termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik.

Satira kelas dari Korea Selatan ‘Parasite’, daripada Bong Joon-ho, menduduki slot pengarah terbaik terakhir, yang bermakna sekali lagi bahawa tiada wanita yang dimasukkan ke dalam senarai pendek.

Kebanyakan fokus setakat ini pada musim anugerah ini adalah ketiadaan penghormatan kepada pembuat filem wanita dan dari etnik minoriti.

Filem yang menerima pujian ‘Little Women’ diiktiraf dalam beberapa kategori utama, termasuk filem terbaik, tetapi Greta Gerwig tidak dicalonkan untuk pengarah terbaik, sama seperti kekecewaannya seleaps tidak dicalonkan di Anugerah Golden Globe.

“Malangnya hanya lima calon sahaja yang ada” untuk pengarah terbaik pada “tahun yang begitu luar biasa kuat”, kata seorang pengundi Akademi yang enggan dikenali kepada AFP.  

“Saya tidak fikir ia adalah undi menentang pengarah wanita,” tambahnya.

Dalam sejarah Anugerah Oscar, hanya lima sahaja wanita yang pernah dicalonkan untuk pengarah terbaik – termasuk Gerwig, untuk ‘Lady Bird’ pada 2017.

‘#OSCARSSOWHITE BAHAGIAN 2’

Calon pelakon ‘Little Women’ Florence Pugh memberitahu Variety dia “gembira kerana semua orang kecewa” mengenai kegagalan untuk mencalonkan Gerwig.

“Tahniah kepada lelaki-lelaki tersebut,” kata aktres dan penulis Issa Rae, hos bersama bagi pengumuman pencalonan Oscar rasmi, dengan tajam ketika dia mengumumkan calon pilihan Akademi.

Dalam industri yang dikritik kerana kurang kepelbagaian, Anugerah Oscar hanya memilih seorang sahaja calon pelakon bukan kulit putih – bintang British Cynthia Erivo, yang membawa watak ikon anti-perhambaan AS Harriet Tubman dalam ‘Harriet’.

“Ini adalah lebih daripada impian yang menjadi kenyataan,” kata Erivo, yang turut dicalonkan kerana menyanyikan lagu bersemangat dalam filem itu ‘Stand Up’.

Pelakon utama lain yang diketepikan termasuk Eddie Murphy untuk biopik ‘blaxploitation’, ‘Dolemite Is My Name’, Jennifer Lopez untuk ‘Hustlers’, Awkwafina untuk ‘The Farewell’ dan Lupita Nyong’o untuk ‘Us’.

Laman sesawang industri Deadline Hollywood menyifatkan pencalonan pada Isnin lepas sebagai “pada asasnya #OscarsSoWhite Bahagian 2: #OscarsSoWhiterAndWith MoreMen,” yang merujuk kepada satu hashtag yang bermula pada 2015 sebagai reaksi kepada ketiadaan calon yang pelbagai.

Pada tahun lepas, tiga dairpada empat anugerah Oscar untuk lakonan dimenangi artis bukan kulit putih.

Namun dalam tanda yang mungkin menunjukkan pandangan Academy of Motion Picture Arts and Sciences yang semakin bersifat antarabangsa, ‘Parasite’ menjadi filem bukan bahasa Inggeris keenam yang dicalonkan untuk filem cereka antarabangsa terbaik dan filem terbaik.

Pihak akademi juga menarik perhatian kepada jumlah calon wanita keseluruhan yang memecah rekod, iaitu 62 orang.

Angka itu termasuk penerbit filem, pembuat dokumentari dan kategori teknikal seperti skor muzik terbaik, di mana konduktor dari Iceland, Hildur Gudnadottir, menjadi wanita kesembilan yang dicalonkan.

PASANGAN OBAMA ‘BEGITU TERUJA’

Robert De Niro merupakan bintang terbesar yang diketepikan dalam kategori pelakon lelaki terbaik untuk ‘The Irishman’, tetapi pencalonan Scorsese menjadikannya pengarah hidup yang paling kerap dicalonkan untuk anugerah Oscar, dengan sembilan pencalonan.

‘The Irishman’ membantu Netflix memperolehi 24 pencalonan – kali pertama ia pernah menduduki tempat teratas dalam kiraan studio.  

Adam Sandler menepis pengecualiannya bagi wataknya sebagai penjual barangan kemas yang taksub dari New Tork, dan bergurau bahawa dia tidak lagi perlu berkempen untuk filem yang menerima pujian ‘Uncut Gems’.

“Berita buruk: Sandman tidak ada kasih sayang dari Akademi,” katanya dalam Twitter. “Berita baik: Sandman boleh berhenti memakai sut.”

Calon utama dalam lakonan Renee Zellweger dan Phoenix mendahului senarai pendek Oscar bagi lakonan mereka masing-masing dalam drama mengenai Judy Garland ‘Judy’ dan ‘Joker’.

Dokumentari ‘American Factory’ – yang menceritakan tentang sebuah kilang di kawasan ‘Rust Belt’ Amerika Syarikat yang dibuka semula oleh seorang bilionair dari China – menerima pencalonan bagi penerbitnya yang terkenal.

“Ia adalah jenis cerita yang kita tidak lihat secukupnya dan itulah apa yang Michelle dan saya harap dapat capai,” kata bekas presiden AS Barack Obama dalam Twitter, dan menambah dia “gembira” untuk melihat pencalonan itu.

“Begitu teruja,” tulis Michelle Obama.

Kira-kira 9,000 ahli Akademi mengundi anugerah Oscar. Undian untuk pemenang bermula pada 30 Januari, dan ditutup lima hari kemudian.

Anugerah Oscar akan disampaikan di Hollywood pada 9 Februari. — AFP

Advertisement