Anda di sini

Everrise lanjut masa operasi sempena TBC

Advertisement
 Pakaian warna merah yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina.
MERAH: Pakaian warna merah yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina.

KUCHING: Everrise akan melanjutkan masa operasi perniagaan di cawangannya kecuali di premis pusat beli-belah (yang mengikut waktu operasi pusat beli-belah), bagi memberi peluang dan kemudahan kepada pelanggan untuk membeli-belah sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Bermula 17 hingga 19 Januari dan 22 hingga 23 Januari, waktu operasi perniagaan dilanjutkan sehingga jam 11 malam di cawangan Everrise di Padungan, BDC dan Batu 4.

Manakala pada malam menjelang Tahun Baharu Cina (24 Ja-nuari) operasi perniagaan sehingga jam 9.30 malam di cawangan di Demak Laut, Matang Jaya dan Kota Samarahan sementara di Padungan, BDC, Batu 4 dan Pending, operasi perniagaan sehingga jam 10 malam.

Bagi cawangan Everrise di BDC dan Batu 4, ia masih beroperasi pada hari pertama dan kedua Tahun Baharu Cina dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Pelanggan yang mahu mencari bara-ngan sempena TBC juga boleh mendapat-kan sayur-sayuran import, buah dan daging segar selain pelbagai pilihan bagi snek dan minuman yang tersedia dibungkus dalam hamper.

Hamper juga boleh dihantar secara percuma dengan pembelian RM500 dan ke atas di kawasan bandar.

TBC tidak lengkap tanpa pakaian baharu, beg, kasut dan sebagai-nya yang menawarkan pelbagai pilihan di bahagian pakaian.

Manakala bagi peralatan seperti talam, gelas, bekas gula-gula, langsir, kusyen dan barangan elektrik juga ditawarkan dengan rekaan sempena perayaan.

Pelanggan akan mendapat peket angpau percuma (lima keping) dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit tunggal.

Mereka yang membeli barangan RM88 dan ke atas dalam satu resit tunggal boleh menyertai Peraduan ‘Choose Your Own Prizes’ yang berlangsung dari 10 Januari hingga 8 Februari.

Lima pemenang hadiah pertama bakal membawa pulang mana-mana produk atas pilihan mereka yang bernilai RM500, lima lagi pemenang hadiah kedua bakal membawa pulang mana-mana hadiah atas pilihan mereka yang bernilai RM250 dan 10 pemenang hadiah ketiga, akan membawa pulang mana-mana produk pilihan mereka bernilai RM150.

Advertisement