Anda di sini

Tujuh PTI, tiga bot jongkong ditahan, curi masuk perairan negara

Advertisement
 Tujuh warga asing ditahan dalam Ops Gelora.
TANGKAPAN: Tujuh warga asing ditahan dalam Ops Gelora.

TAWAU: Tujuh warga asing bersama tiga bot jongkong ditahan kerana disyaki cuba menyeludup masuk ke negara ini secara curi-curi melalui kawasan laut Pulau Sidam, di sini kira-kira jam 6.10 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Tawau Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, kesemua pendatang tanpa izin (PTI) itu berumur 18 hingga 41 tahun serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua PTI diberkas oleh pasukan risikan Marin, Botronda PGR 3, Botronda PAR 11, Bot Samaran dan Botronda PPM MO Tawau dalam Ops Gelora," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Nazari berkata, penahanan kesemua PTI itu dibuat selepas tiga bot jongkong tiada nombor pendaftaran dikesan bergerak menuju ke perairan Tawau disyaki daripada perairan Indonesia.

"Semua PTI dan bot jongkong itu ditahan dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan disiasat menerusi Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement