Anda di sini

Tanah runtuh jejas dapur dua bilik Rumah Melintang

Advertisement
 Keadaan tanah runtuh yang menjejaskan dapur dua bilik di Rumah Melintang.
RUNTUH: Keadaan tanah runtuh yang menjejaskan dapur dua bilik di Rumah Melintang.

KAPIT: Dua pintu bilik terjejas apabila tanah runtuh mengakibatkan kerosakan di bahagian dapur kediaman mereka di Rumah Melintang, Ulu Batang Rajang petang semalam.

Menurut maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi Sarawak, insiden iu berlaku sekitar jam 1 petang.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba Kapit yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 petang bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, mereka mendapati dua pintu bilik di bahagian tengah rumah panjang terbabit terjejas.

Bagaimanapun, kerosakan yang dialami tidak teruk namun pihak bomba menasihati penghuni agar berhati -hati dan berjaga-jaga sekiranya berlaku runtuhan susulan.