Anda di sini

PSKPP hampa, PSKPP Lawas bergelar juara badminton MAKSAK 2020

Advertisement
 Ahmad Denny (depan dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr Abdul Rahman pada kejohanan itu.
TERIMA KASIH: Ahmad Denny (depan dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr Abdul Rahman pada kejohanan itu.

LIMBANG: PSKPP Lawas bergelar juara Kejohanan Badminton Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2020 setelah menumpaskan PSKPP Limbang pada aksi final penuh sengit dan dramatik di Stadium Tertutup Limbang kelmarin.

Tempat ketiga dikongsikan bersama pasukan Medical ‘B’ dan Medical Lawas.

Juara dan naib juara menerima sebuah piala, raket serta pingat manakala tempat ketiga bersama membawa pulang piala, jersi dan pingat.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman  Ismail.

Turut sama Residen Bahagian Limbang merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Walikota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat dan setiausaha kejohanan, Arni Kassim.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman optimis MAKSAK Bahagian Limbang lebih proaktif dalam penganjuran pelbagai aktiviti setiap tahun.

“Kejohanan ini penting bagi menggalakkan kakitangan awam bergiat aktif dan mengamalkan amalan hidup sihat.

“Badan yang sihat juga akan meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Sebanyak 20 pasukan sekitar Limbang menyertai kejohanan itu.

Advertisement