Anda di sini

Pemilik hargai penyukatan NCR guna Seksyen 18

Advertisement
 (Duduk, dari dua kiri) Cecelia, Andrewson dan Kanyan serta yang lain ketika kunjungan hormat tersebut.
BINCANG: (Duduk, dari dua kiri) Cecelia, Andrewson dan Kanyan serta yang lain ketika kunjungan hormat tersebut.

SIBU: Pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Kawasan Batang Oya, Ulu Oya, Sekuau dan Pakoh berterima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), apabila membenarkan tanah NCR mereka disukat di bawah Seksyen 18.

Pengerusi Persatuan Kemajuan Kawasan Batang Oya, Sekuau dan Pakoh Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, tanah NCR Kawasan Ba-tang Oya, Ulu Oya, Sekuau dan Pakoh telah mendapat kelulusan untuk disukat di bawah Seksyen 18.

“Pegawai JTS Sibu Cecelia Sintan memberitahu kami bahawa tanah NCR Kawasan Batang Oya, Ulu Oya, Sekuau dan Pakoh telah mendapat kelulusan untuk disukat di bawah Seksyen 18.

“Pihak JTS hanya me-nunggu masa bagi menghantar kakitangan untuk bertugas di lapangan,” ujarnya yang mewakili 64 rumah panjang dari kawasan Batang Oya, Sekuau, Stapang dan Pakoh selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat JTS Sibu.

Kaunselor Kanyan yang juga Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, kunjungan hormat itu antara lain berbincang untuk mempercepatkan kerja-kerja menyukat tanah NCR di bawah Seksyen 18 di kawasan terbabit.

“Antara isu yang turut di-bincangkan adalah memohon status tanah di Sekuau dan tanah hak milik kerajaan yang diwartakan untuk RASCOM dahulu dan hak milik tanah untuk projek pembangunan di Sekuau,” jelasnya.

Selain itu, kunjungan turut membincangkan per-kara pembangunan tanah untuk pihak JTS menyukat tanah rumah panjang di Sekuau.

“Kita juga memohon pemberian hak milik tanah di Sekuau kepada semua penduduk asal di kawasan tersebut (Sekuau).

“Mohon lot lada di Sekuau untuk diberi hak pemilikan di tanah RASCOM Sekuau,” ujarnya yang juga ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Kanyan turut menegaskan bahawa kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa bekerja keras demi rakyat.

Pada Disember 2019, 998 pemilik tanah NCR dari kawasan Pakoh, Sekuau, Bejait, Seluan dan Ulu Tebalai memohon agar Kerajaan Sarawak menerusi JTS mempercepatkan proses penyukatan tanah di kawa-san terbabit kepada Seksyen 18.

Tanah NCR tersebut yang mempunyai keluasan 33,000 hektar telah digazet kepada Seksyen 6 pada 2016.

Pada awal 2017, JTS telah mengadakan sesi dialog bersama semua pemilik tanah terbabit dan memberitahu tentang penyukatan kepada Seksyen 18.

Turut hadir Penghulu Andrewson Ngalai Asom serta yang lain.

  • oleh
  • Advertisement