Anda di sini

Lubang benam gergasi telan bas di China, enam terbunuh

 Gambar yang dirakam kelmarin menunjukkan anggota penyelamat cuba mengangkat keluar bas yang tenggelam di dalam lubang benam di sebatang jalan di Xining, wilayah barat laut Qinghai. — Gambar AFP
MENGERIKAN: Gambar yang dirakam kelmarin menunjukkan anggota penyelamat cuba mengangkat keluar bas yang tenggelam di dalam lubang benam di sebatang jalan di Xining, wilayah barat laut Qinghai. — Gambar AFP

BEIJING: Satu lubang benam yang sangat besar menelan sebuah bas dan beberapa pejalan kaki di China, menyebabkan satu letupan, membunuh enam orang dan menyebabkan 10 lagi hilang, kata media negara semalam.

Rakaman menunjukkan orang ramai di sebuah perhentian bas melarikan diri dari jalan raya yang runtuh, ketika bas separuh tenggelam ke dalam tanah.

Beberapa orang hilang di dalam lubang benam itu ketika ia merebak semakin besar, termasuk seorang yang kelihatan sebagai seorang kanak-kanak.

Insiden, di luar sebuah hospital, turut mencetuskan satu letupan di dalam lubang, berdasarkan pada rakaman video.

Kerja mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan punca kemalangan sedang dalam siasatan, menurut pihak penyiaran milik negara CCTV.

Insiden berlaku sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan kelmarin di Xining, bandar utama wilayah Qinghai, kata CCTV, sambil menambah 16 orang telah dibawa ke hospital.

Lubang benam bagai-manapun bukanlah perkara luar biasa di China, di mana ia sering dipersalahkan terhadap kerja-kerja pembinaan dan perkembangan pembangunan yang pesat di negara ini.

Pada 2016, sekurang-kurangnya tiga orang terjatuh ke dalam satu lubang benam besar di wilayah tengah Henan, yang menelan satu bahagian jalan raya dan orang awam.

Satu siasatan awal me-nunjukkan kejadian runtuh mungkin berpunca daripada paip air yang dibina di bawah jalan raya pecah akibat hujan.

Pada 2013, lima maut ketika sebuah lubang benam seluas 10 meter muncul di pagar sebuah estet perindustrian di Shenzhen. — AFP