Anda di sini

Uggah terima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Advertisement
Zainal Azman menyerahkan cenderamata kepada Uggah sambil disaksikan Awang Johari (kanan)
Zainal menyerahkan cenderamata kepada Uggah sambil disaksikan Awang Johari (kanan)


KUCHING: Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Zainal Azman Abu Seman mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. 


Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menerima kunjungan daripada Zainal yang berada di negeri ini untuk lawatan rasmi.


Mereka kemudian bertukar pendapat mengenai pelbagai program pembangunan dan rancangan sektor pertanian negeri dan negara.


Hadir sama pada kunjungan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Uggah, Awang Johari Awang Mustapha; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Dr. Alvin Chai dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Dr Adrian Susin.